"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 22, 2008

Pak Lah Bongok..!

Ni lagi 1 kenyataan bangang seorang yang bergelar Perdana Menteri.aku quot petikan berita :

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kini sudah sampai masanya pengundi Permatang Pauh memberikan peluang kepada calon yang tinggal tetap di kawasan ini untuk mewakili mereka di Parlimen.

Perdana Menteri berkata kerusi Parlimen Permatang Pauh ini sudah lama diberikan kepada orang yang tidak tinggal tetap di kawasan ini.


Ni aku nak tanya Pak Lah...kalau Pak Lah tak bodoh, mintak tolong pencacai Pak Lah yang bongok-bongok tu tolong jawab...

Soalan aku : Pak Lah wakil Parlimen mana & Pak Lah sendiri duduk kat mana?

Apa kata kalau Pak Lah letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas kemudian Pak Lah bertanding di Putrajaya sebab Pak Lah sekarang dok di Putrajaya kan?Kalau Pak Lah anak jantan...Pak Lah kota apa yang Pak Lah katakan pada penduduk Permatang Pauh!hang jangan pandai nak melalak mengalahkan anjing je Pak Lah oi..!

Baca kenyataan Pak Lah ngok ngek ni :

Sudah Sampai Masanya Orang Tinggal Tetap Jadi Wakil Rakyat Permatang Pauh
BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kini sudah sampai masanya pengundi Permatang Pauh memberikan peluang kepada calon yang tinggal tetap di kawasan ini untuk mewakili mereka di Parlimen.

Perdana Menteri berkata kerusi Parlimen Permatang Pauh ini sudah lama diberikan kepada orang yang tidak tinggal tetap di kawasan ini.

"Dulu bagi presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dia dah tak mau, dia bagi kat suami dia (Anwar). La ni kena ambille," katanya semasa melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Permatang Ara di sini malam ini.

Beliau berkata jika pengundi Permatang Pauh memilih orang yang tinggal di luar kawasan ini, wakil rakyat yang mereka pilih itu tidak akan dapat tahu apa yang dikehendaki kecuali jika memilih calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah.

Abdullah berkata beliau akan memberi sokongan kepada Arif Shah, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya dalam membangunkan kawasan Parlimen Permatang Pauh sebagai kawasan yang membangun.

Beliau juga menasihati seramai 58,459 pengundi kawasan Parlimen itu keluar mengundi seawalnya pada Selasa ini bagi memastikan mereka dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Abdullah turut meluangkan masa melawat rumah penduduk tempatan Zaiton Awang yang dijadikan markas Umno Kepala Batas untuk pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Arif Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat.

1 comment:

Anonymous said...

KO MMG BARUAH DAP MAMAT OI