"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 22, 2008

Mat Tyson Fitnah DSAI.

Salam...

Aku berada sehari di Pejabat Yayasan Aman,di mana ianya bilik gerakan utama bagi seluruh jentera PKR di PRK Permatang Pauh ini...sepanjang hari di bilik gerakan utama ini...aku dapat lihat pelbagai ragam manusia yang keluar masuk di perkarangan bilik gerakan ini....

Aku masa nak pergi ker IPD Seberang Perai Tengah membawa seorang teman yang mahu menghantar permohonan permit utk ceramah program malam ini...sempat di sapa oleh YB Saifuddin Nasution Ahli Parlimen Machang...beliau sempat bertanya beberapa hal mengenai kedudukan JDM di bawah parlimen Permatang Pauh ini...

Setelah selesai,aku sempat berjumpa dgn beberapa teman sewaktu menunggu kelulusan proses kebenaran utk program ceramah malam ini...sempat la aku makan nasi bawal goreng panas & ayam goreng panas...sampai sengkak (kenyang terlampau) perut aku...

Jam 5.30...teman aku di hubungi pegawai di IPD memaklumkan bahawa premit yang di pohon telah pun siap...kami pun bergegas ke sana & terus ke bilik gerakan Utama DUN Penanti...aku sempat berbincang dengan Zul Mohamed teman yang menguruskan keadaan di bilik gerakan penanti mengenai kedudukan terkini di P-44...

Setibanya di Yayasan aman...aku sempat melihat kelibat DSAI calon P-44 bagi wakil PKR yang juga telah di canang akan menjadi PM yang ke-6 (PM In Waiting) keluar dari bilik gerakan untuk ke sebuah masjid menunaikan solat maghrib...

Dalam pada itu...setelah selesai waktu maghrib...aku mcm biasa la cari port pekena teh tarik...kali nih aku minum teh ada susu...hehehe...maklumla...asyik kena 'O' saja...muka aku pun dh jadi tak hensem mcm dulu....di meja tempat aku pekena teh...datang beberapa teman dari AMK Permatang Pauh & Bekas Ketua AMK Balik Pulau...Sukri bekas ketua AMK Balik Pulau turut sama menghadiri kelmarin tazkirah,program yang di susun kelmarin di masjid Jalan Baru...

Yang syoknya Mr Mike Tyson UMNO memaklumkan pada umum kononnya bahawa tazkirah di masjid tersebut,DSAI merampas mikrofon dari imam...ish...ish...ish...mengamok si sukri kawan aku nih bekas ketua AMK Bahagian Balik Pulau...dia kata 'aku dok ada kat situ hang tau dak...lepas solat..imam tuh cakap malam nih ada program tazkirah...dia beri mikrofon tuh kat YB Fairuz...lepas YB Fairuz cakap di berikan pula kepqada DSAI...Dato Seri pun sampaikan tazkirah....Dato Seri mana ada rampas mikrofon tuh...'

Aku pun jadi konpius kejap..

'Nampak gayanya mcm nk kena bersumpah pula...sapa yg betul & sapa yg fitnah...ala...mcm yg sumpah baru2 nih'...hehehe,seloroh aku....aku pun lihat kempen PRK ini adalah 1 gelanggang atau 1 tapak utk menyebarkan fitnah bagi mengelirukan persepsi masyarakat serta umumnya rakyat malaysia....Wahai Pemimpin UMNO....cukup lah...apa salahnya kamu cakap benar....apakah dgn bercakap benar itu akan menyebabkan kamu berdosa?

Adakan berdosa kamu jika bercakap benar terhadap parti yang kamu duduki ini?cukuplah...sudahlah.....50tahun tak cukup lagi kah kamu menipu kami sebelum ini...kepada pengundi permatang pauh...aku masih merayu...anda adalah mewakili suara 27 juta harapan kami rakyat malaysia yang inginkan perubahan kerajaan pusat....wallahualam...

-BANGUN DENGAN KEKUATAN

No comments: