"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 19, 2008

Hari Kebebasan Bermula Di P-044

Permatang Pauh
Kaulah yang mensejarahkan Anwar jadi Yang Bongok
Kaulah yang mensejarahkan Anwar jadi Yang Bahalul
Kaulah yang mensejarahkan Anwar jadi Yang Biul
Kaulah yang mensejarahkan Anwar jadi Yang Bodoh
Kaulah yang mensejarahkan Anwar jadi Yang Bengap Sangap
Kaulah yang mensejarahkan Anwar jadi Yang Bobrok
Kaulah yang mensejarahkan Anwar jadi Yang Bebal
Kaulah yang mensejarahkan Anwar jadi Yang Biadap
Kaulah yang mensejarahkan Anwar jadi Yang Batang Tegang

Permatang Pauh
Kau sudah tua dikotori Anwar
Kau sudah tua disampahi Anwar
Kau sudah tua dibusuki Anwar
Kau sudah tua dimunduri Anwar
Kau sudah tua diberaki Anwar
Kau sudah tua dinajisi Anwar

Permatang Pauh
Kini kau ukir semula sejarah bistari
Menggunung harapan ahli syurgawi
Mendoakan tanahamu agar jadi bersih suci
Dari kotoran sang penghisap nafsu dajjali
Kau diledakkan semangat Melayu Muslimin sejati
Kau akan menjerit ke serata dunia ke setiap pelusuk bumi
Sang durjana akan kau terajang dari tanah kudusmu ini
Oleh tangan-tangan para pengundi
Memangkah menolak kejahatan oleh Anwar Syaithani
dan akhirnya....
Tertanamlah Anwar di sini seperti ditimbus Qarun ke dalam bumi


Sajak kat atas tu aku cilok dari blog Perak Bangkit...

Aku nak tanya korang semua terutama pengundi-pengundi & rakyat Permatang Pauh...

Sehina itukah engkorang semua?

Sebelum DSAI digulingkan dalam keadaan yang paling hina dalam sejarah Malaysia,batang tubuh itulah yang mewakili Permatang Pauh.siapa yang memilih batang tubuh itu?tak cerdik ke korang semua bila memilih batang tubuh itu menjadi wakil rakyat Permatang Pauh satu masa dulu?

Cetek sangatke fikiran korang semua masa korang memilih batang tubuh itu mewakili korang semua?Buta ke mata korang masa korang semua memilih batang tubuh itu mewakili korang?

Kalau korang tak cerdik, kalau akal korang cetek, kalau korang buta...masakan ada tangan-tangan yang terpaksa berhempas pulas, bekerja keras siang dalam malam mengatur kejatuhan pemimpin pilihan korang?

Tak...korang semua tak bodoh...yang bodoh tu puaka-puaka UMNO/BN yang tak reti bahase menjatuhkan batang tubuh yang korang pilih 1 masa dulu...yang pendek akal tu puaka-puaka UMNO/BN yang tak sudah-sudah memikir cara nak menjatuhkan balik batang tubuh yang semakin hampir ke destinasi...

Ingat...bila hujan turun lepas penamaan calon tempohari...aku dengan beribu-ribu yang datang memberi sokongan teringat apa yang berlaku 10 tahun lepas...

Disinilah batang tubuh itu meniti puncak...

Disinilah batang tubuh itu menabur bakti...

Ketika batang tubuh itu mewakili rakyat kawasan inilah dia diaibkan sedemikian rupa...

Bila batang tubuh itu diaibkan, Permatang Pauh turut sama diaibkan sekali...seolahnya rakyat disini tak pandai memilih wakil rakyat mereka...seolahnya pilihan rakyat Permatang Pauh itu pilihan yang salah...

Disini juga kita melihat pencabulan sistem demokrasi berlaku bilamana wakil rakyat Permatang Pauh dinafikan haknya disisi undang-undang negara...

Semua tu berlaku 10 tahun dulu...pagi 2 september tu pun hujan macam hari ni...

Aku terfikir sendiri aku...

10 tahun dulu...batang tubuh itu dituduh makan belakang...batang tubuh itu dizalimi tanpa mendapat keadilan...masa tu hujan...itu 10 tahun dulu...

10 tahun kemudian pada hari ini...batang tubuh itu sekali lagi dituduh makan belakang...tapi mungkin hari ini demi keadilan...menghapus kezaliman...dalam sore hujan...10 tahun selepas "dulu"...

Kalau kezaliman bermula disini, kenapa tidak keadilan juga bermula disini?

Hari pembalasan hampir tiba...10 tahun dulu kita lihat wayang yang sama dengan hari ini, tapi kita tak mampu berbuat apa-apa...tapi tidak hari ini...

Bangun semua penghuni Permatang Pauh...masa depan Malaysia ditangan anda...harapan seluruh rakyat Malaysia & pendokong keadilan...tumbang kezaliman disini, seluruh Malaysia berhutang dengan Permatang Pauh.

Tumbang kezaliman disini, Tak mungkin ada esok hari untuk kezaliman...

Andai UMNO/BN terkubur disini, tak usah disiapkan keranda jenazah, kubur & nesan pun tak perlu juga...biarlah UMNO/BN mati tanpa kuburan & tanpa nesan...untuk apa kita menanda-nanda sesuatu yang tidak baik?

Biarkan hilang ditelan zaman..!

Selesaikan terus...tamatkan kisah UMNO/BN 26hb ini..!

No comments: