"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 19, 2008

Musa Hassan Selamat Jalani Pintasan Jantung

(Kemaskini) - Berita terbaru mengenai Musa Hassan...harap-harap lepas sembuh nanti dapatla kiranya mamat ni muhasabah diri...taubat...

Cukup la bersekongkol dengan kezaliman..!

Ketua Polis Negara selamat jalani pembedahan pintasan jantung di IJN

19/08/2008 4:41pm - KUALA LUMPUR 19 Ogos - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Beliau menjalani pembedahan tersebut pada pagi ini, atas nasihat doktor yang merawatnya selepas melakukan pemeriksaan rutin minggu lalu.

Beliau kini dilaporkan dalam keadaan stabil setelah selesai menjalani pembedahan itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dan berkata, Musa kini sedang bercuti rehat.

“Beliau selamat menjalani pembedahan pintasan jantung dan sedang berehat,” katanya.

- Utusan

IGP undergoes bypass
KUALA LUMPUR: Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan had successfully undergone a heart bypass surgery at National Heart Institute (IJN) on Tuesday.

It is learnt that doctors advised him to do the operation following a routine medical checkup conducted a week earlier at the same hospital.

Musa is currently recuperating at the intensive care unit (ICU) and doctors have put in place a strict no-visitors policy for him to rest.

- The Star Online

No comments: