(FOKUS BERITA): Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun gelanggang untuk kembali sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, melancarkan tema kempennya - "Merdeka - Dari Penindasan dan Kezaliman" pagi ini dengan memberi amaran akan membatalkan semua projek mewah termasuk projek jalur lebar bernilai RM15 bilion dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN).
"Bila kita memerintah, kita akan membatalkan projek ini (projek jalur lebar)," kata Anwar yang menyifatkannya sebagai tidak memanfaatkan rakyat secara langsung.
Ia merupakan antara beberapa projek yang digariskan oleh Anwar, calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Ketika ditemui wartawan selepas majlis pelancaran tema kempennya beliau menyenaraikan beberapa projek lain yang memerlukan kajian semula.
Ia termasuklah projek landasan berkembar kereta api.
Hari ini merupakan hari keempat kempen formal berlangsung.
"Kita belum betul-betul merdeka. Negara kita belum-belum merdeka. Kalau ikut hukum undang-undang, undang-undang yang sama perlu digunakan oleh semua," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran di Seberang Jaya.
Rata-rata beliau menekankan tema itu dipilih untuk memfokus kepada usaha membebaskan daripada penyelewngan, penindasan dan penyalahgunaan kuasa.
Anwar merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999 dan kemudian disandang oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999 hingga 31 Julai lalu.
Umumnya keluarga Anwar menjadi wakil rakyat Permatang Pauh selama 26 tahun.
Anwar menyandang kerusi itu sejak 1982 sebagai wakil Barisan Nasional (BN).
Tema itu menjelaskan "negara ini bukan milik Umno atau BN, tetapi milik seluruh rakyat."
Bagaimanapun BN pula berpendapat pihaknya mahu "memerdekaan Permatang Pauh" daripada penguasaan Anwar dan keluarganya.
Seorang pemimpin kanan Umno Bahagian Permatang Pauh berkata, "kami hendak memberi peluang kepada pemilih Permatang Pauh membebaskan Permatang Pauh daripada pihak yang tidak membawa pembangunan."
Ia merujuk kepada kepimpinan Dr. Wan Azizah selama hampir 10 tahun.
"Siapa yang hendak memerdekaan kezaliman? Kami mahu Permatang Pauh kembali kepada pemerintahan BN dan Umno," katanya lagi.
Permatang Pauh terdiri daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) - Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir.
Ini pertembungan antara dasar tentang dasar masa depan, kata pemimpin Umno ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah berhadapan dengan Anwar.
Kata Anwar, rakyat negara ini belum mendapat kemerdekaan sepenuhnya daripada semua segi termasuk menikmati hasil kekayaan dan pembangunan secara saksama.
Pendirian Anwar membatalkan projek-projek tidak memanfaatkan rakyat secara tidak langsung merujuk kepaBNda kemungkinan beliau akan menjadi Ketua Parlimen dan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, sekali gus menjadi Perdana Menteri.
Tiga hari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya kecil
Parlimen Permatang Pauh bukannya medan untuk pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan dan menentukan bakal Perdana Menteri.
"Biarlah pilihan raya umum sahaja yang tentukan individu yang layak menjadi Perdana Menteri. Pilihan raya umum ke-12 sudah buat keputusan beri tampuk pemerintahan kepada BN.
"Walaupun kalah di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain, kita (BN) masih boleh tubuhkan kerajaan, jadi apa perlunya pilihan raya kecil ini," katanya.
Pilihan raya kecil Permatang Pauh diadakan 26 Ogos ini berikutan pengunduran Dr. Wan Azizah, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Anwar sebelum ini beberapa kali menyatakan hasratnya untuk menubuhkan kerajaan baru dengan mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.
-mSTAR Online
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment