Kalau hangpa nak tau, Permatang Pauh sekarang dah jadi bandar paling tinggi kadar jenayah di Malaysia.hangpa tak percaya hangpa datang tengok sendiri kat sini...
Kalau hangpa bawak kereta, hangpa boleh jumpa sekurang-kurangnya 5 orang pulis setiap 1 km.roadblock merata-rata,pulis dimana-mana.
Hangpa pi makan, ada pulis kat kedai makan, hangpa pi supermarket, ada pulis dekat supermarket, hangpa pi stesen minyak, ada pulis kat stesen minyak, hangpa pi ceramah, ada FRU, unit SB, pulis lalulintas & pulis baju biru dekat ceramah, hangpa pi hotel, ada pulis kat hotel...kat bendang aku tak sempat nak singgah lagi...nanti ada free aku pi check ada ka tak tak pulis.
Siang kemarin kat haiwey aku jumpa dekat 10 bijik terak pulis bawak kuda pulis...aku agak mungkin kat tengah bendang pun pulis dok ada jugak pasai aku nampak depa ada bawak kuda scrambler kaler ijo ataih terak tu...
Pak Tani lepaih ni tak payah risau nak halau burung ngan belalang dah.pihak pulis sekarang dalam rangka memperkasakan perkhidmatan depa & salah satu dari rancangan memperkasakan perkhidmatan depa ialah mewujudkan unit penghalau burung dibendang.
Mana-mana pak tani yang perlukan perkhidmatan depa boleh kebalai pulis berdekatan untuk mengisi borang permohonan perkhidmatan memantau sawah bendang.
Aku tak pasti pulak depa nak tangkap burung-burung yang mencuri hasil bendang ni dengan apa...
Korang kat luar dari Pulau Pinang kena bersabar buat masa ni.kemungkinan akan berlaku sedikit kesulitan kat tempat-tempat korang kalau berlaku jenayah.hangpa kalau buat report pastu lambat dapat feed back dari pulis tu korang kene sabar la...depa sekarang tengah kekurangan anggota sebab kebanyakan anggota terpaksa ditugaskan ke Permatang Pauh.
Aku rasa dengan kecekapan pulis raja di Malaysia segala kejadian jenayah di Permatang Pauh akan dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada 27hb, ogos...
Aku dengar kalau DSAI menang dekat Permatang Pauh,pihak pulis akan bersegera menyerbu kawasan radius 5km sekitar Parlimen pulak sebab unit risikan pulis akan menerima khabar angin yang mengatakan bahawa adanya rancangan pihak tertentu untuk mengadakan perhimpunan resakse.
Hangpa tak percaya hangpa tunggu.
Kalau 26hb ni DSAI menang kat Permatang Pauh, 27hb ogos aku nasihatkan dekat korang terutamanya yang dekat Kolumpo supaya pergi kerja seawal jam 3 pagi untuk mengelakkan korang dari terperangkap dalam traffic jam kesan dari festival sekat jalan.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wow..!! menakutkan sungguh la...tapi takpa..penjenayah semua dah lari gi negeri lain..pasal pulis semua dah berhijrah kat Matang Pauh...jadi penjenayah dah bermaharajalela kat tempat lain..
sronok la penyamun ,penyangak, perogol,pembunuh kat tempat lain..pasal polis sibuk nak join berkempen..sapa la yg kasi arahan kat polis2 ni..memang takde hotak punya orang..
Post a Comment