email dari norbaina alias
Perancangan DSAI sangat menakutkan musuh. Samada 16 September terbentuk kerajaan PR atau tidak adalah persoalan akan datang yang diluar jangkauan akal kita.
Jika benar berlaku alhamdulillah, Malaysia akan berwajah baru dan harapan untuk menjadi Negara yang lebih baik adalah cerah. Jika tidak berlaku mungkin kita boleh tukar sahaja tahun nya. Biarkan 16 September terus menjadi tarikh keramat setiap tahun yang menghambat keresahan kepada musuh sehinggalah ke PRU 13 nanti yang akan menjadi pentas pertarungan penentu kemenangan untuk PR memerintah Malaysia.
DSAI tentu merancang sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan ianya bukanlah auta hanya semata-mata jika ianya tidak berjaya. Kita yakin ia bukan auta tetapi satu cita-cita yang disusuli usaha bersungguh-sungguh. Cuma kejayaan atau sebaliknya adalah di tangan Allah kerana ianya belum tiba tarikh berkenaan.
Jika tidak berjayapun, tidak ada apa-apa kerugian wang jutaan ringgit rakyat. Berbeza dengan kegagalan projek-projek pembangunan umno dan bn yang telah menjahanamkan jutaan ringgit wang rakyat. 'Auta' DSAI ini tidak akan menjahanamkan negara dan rakyat jika dibandingkan dengan AUTA pemerintah bn.
Auta Adalah Cerita Liwat 2 dan Sumpah
Yang auta adalah cerita fitnah liwat dan sumpah laknat diri sendiri. Yang ternyata telah mendedahkan auta tersebut ialah Imam Ramlang Porigi. Manakala yang ternyata tidak auta ialah pembunuhan Al Tantuya dan penggunaan C4. Ia adalah kisah benar berlaku dan seseorang sentiasa dalam keadaan resah gelisah selagi kes itu tidak selesai.
Sokongan Kepada DSAI Tidak Terjejas
Sokongan terhadap DSAI dan PR tidak akan berubah hanya kerana tarikh tersebut belum tercapai cita-cita yang dirancang. Pemimpin yang baik perlu bercita-cita besar seperti ini demi masa depan rakyat. Paling tidak, ianya menjadikan pemimpin bn tidak lena tidor malam. Jika ‘auta’ itu menjadi kenyataan tentu ramai pemimpin bn yang akan hilang ingatan.
Apa Bukti DSAI Merasuah Pemimpin BN ?
Cukup pandai si lipan mengatakan haram memancing dan merasuah ahli parlimen bn untuk masuk PR sebagai haram. Fitnah liwat tidak haram ? Suka bersumpah islamik ke? Menipu, rasuah, menyeleweng duit rakyat, halal ke ? Pengundi hantu, politik wang dalam bn bukan rasuah ke ?
Apa bukti DSAI merasuah pemimpin bn ? Apa lagi buatlah lapuran kepada BPR dan polis ? Bukankah jenayah seperti itu yang sangat ditunggu oleh bn untuk menghancurkan DSAI dan PR?
Pandai pula si lipan menganjurkan DSAI pertanding secara gentleman walhal berkeliarannya pengundi hantu seperti di Permatang Pauh dan PRU selama ini bukan menjadi rahsia lagi.
Lompat Parti Haram ?
Lompat parti yang bagaimana yang haram ? Kalau semata-mata lompat parti haram maka yang paling besar haram ialah Ezzam la. Telah dua kali haram kerana keluar masuk umno. Dan kini telah berubah wajah seperti serigala jadian yang kuat menyalak dalam umno ketika melihat bulan mengambang.
Kalau lompat dari satu parti yang penuh mungkar kepada parti lain yang lebih bersih, haram ke? Apakah melompat dari agama lain kepada agama Islam juga haram ?
Kesimpulan
Apa yang pasti sikap umno dan penyokongnya sama sahaja. Suka menuduh, memfitnah walaupun di bulan Ramadhan dan menggunakan agama bila terdesak, kuman di Permatang Pauh nampak, gajah kenyang di Putrajaya tak nampak. Bukan mata yang rabun tetapi hati yang berkarat.
Yang pasti resah dan gelisah bukannya DSAI tetapi adalah lebih resah gelisah lagi pemimpin bn dengan tarikh 16 September tersebut. Semenjak tarikh itu menjadi buah mulut politik tanahair, tiada saat yang tidak panas bagi pemimpin bn walaupun hujan lebat menyirami siang dan malam sekarang ini. Itu belum lagi DSAI mendapat tempat di Putrajaya tu.
Ternyata bahawa dengan menjadikan musuh resah gelisah pun sudah menjadi satu kemenangan dalam perjuangan. Jika tercapai cita-cita 16 September…TKO terus bn !
DSAI you’re a very smart leader ! Seperti kata Hamid Albar, “ I like this guy”.
No comments:
Post a Comment