"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 02, 2008

Bagi Laluan..! Bagi Laluan..!

KUALA LUMPUR: Umno hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua kaum bukan Melayu yang tersinggung dengan kenyataan berunsur perkauman yang dikeluarkan oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata kenyataan Ahmad itu tidak mewakili Umno dan kerajaan secara keseluruhan sebaliknya adalah kenyataan peribadi.

"Kita tidak menganggap warganegara Malaysia keturunan Cina, India dan lain-lain sebagai 'menumpang'.

"Mereka adalah warganegara Malaysia yang mempunyai hak sepenuhnya dan kita tetap akan menjaga kepentingan dan maruah mereka," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Chery Eastar MPV di sini hari ini.

Sambil menyifatkan kenyataan Ahmad itu sebagai sesuatu yang amat dikesali, Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berharap kaum bukan Melayu di negara ini tidak tersinggung dengan kenyataan itu kerana ia tidak menggambarkan sikap dan kepimpinan Umno secara keseluruhan.

"Umno meminta maaf walaupun ia bukan kenyataan kita tapi ia dibuat oleh salah seorang Ketua Bahagian kita dan kita amat kesal," katanya.

Najib berkata, Umno akan membincangkan tindakan yang wajar dikenakan ke atas Ahmad berhubung kenyataannya itu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang. Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa kaum Cina hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.

-mSTAR Online

TP - U - United, M - Malays, N - National, O - Organisation... yang tu pun dah menunjukkan bahawa parti UMNO ni adalah parti yang berteraskan perkauman. rasanye lepas ni UMNO kene tukar nama & perlembagaan kalau nak hidup lama di bumi Malaysia yang berbilang kaum nih...

Zaman sekarang rakyat tak terima dah parti perkauman. rakyat nak parti yang memperjuangkan seluruh rakyat Malaysia tak kira kaum apa... contoh paling baik ialah PAS, PKR & DAP... tengok keahlian 3 parti tu... ada tak syaratnya bangsa-bangsa tertentu je yang boleh jadi ahli???

Parti perkauman dah dekat sangat dengan liang lahad... bagi laluan, bagi laluan...

3 comments:

Anonymous said...

dgn monggolia brani plak dia

K.I.T said...

Tahniah,.Rekod dunia telah tercipta.

Inilah kali pertama satu bangsa begitu bersungguh-sungguh mahu menguburkan parti bangsa mrk sendiri.

Satu bangsa yg mahu keistimewaan bangsa mrk sendiri dihapuskan dan diganti dgn persamaan hak semua bangsa.

Satu bangsa yg masih lemah ekonomi tapi mahu punca ekonomi diberi juga kpd bangsa lain yg sedia gah.

Satu bangsa yg beriya-iya menolak politik perkauman, tapi dlm masa yg sama, bersungguh-sungguh pula menarik parti berasaskan bangsa di Sabah & Srwk menyertai mrk.

Tahniah Melayu PKR!!!

Mr Joker said...

k.i.t. - ngko bawak la "bangsa" ngko tu pegi akhirat aku nak tengok...

ngko ingat dah mati esok ada tak malaikat tanya ngko "bangsa" apa???

brader - tanpa "agama" bangsa tak kan kemana.

UMNO perjuangan assobiyah.perjuangan "assobiyah" HARAM menurut Islam.

ngko Islam ke apa k.i.t.???