"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 02, 2008

Cuti 16 September: Kelantan setuju, Perak putus esok

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan Kelantan bersetuju dengan cadangan menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia, sebagai cuti umum.

Menurut beliau, cadangan itu sepatutnya diterima dan dilaksanakan di lima negeri iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, yang diperintah Pakatan Rakyat.

"Saya boleh terima, kalau empat negeri lain tu boleh terima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Kelmarin, Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya pimpinan di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang itu mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online hari ini berkata, kerajaan negeri akan memutuskan perkara itu esok dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri.

“Setakat ini kita belum buat apa-apa keputusan lagi. Tapi kita akan bincangkan dalam mesyuarat esok.

"Kalau kita dapat putuskan esok (berhubung cuti), kita akan putuskan. Kalau tidak, kita akan tunda dululah," katanya.

Semalam, selepas memberi cuti umum sempena pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan akan menimbang cadangan Anwar supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.

"Perkara ini akan dibincangkan dulu dengan exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas pada ceramah umum mengenai 'Enzim Sisa Makanan Menyelamatkan Dunia Kita' di Pasar Awam Tanjung Bungah di sini hari ini.

Cadangan cuti umum untuk lima negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan itu dibuat oleh Anwar pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan cuti umum pada 26 Ogos lepas sempena pilihan raya kecil berkenaan.

"Kalau kita hendak ambil 16 September sebagai cuti umum mungkin pada tahun depan," kata Lim yang dipetik Bernama.

Beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menjadikan 16 September sebagai cuti umum.

Tanggal 16 September merupakan hari pembentukan Malaysia manakala 31 Ogos pula Hari Kemerdekaan.

Kerajaan-kerajaan negeri juga mempunyai kuasa untuk memutuskan cuti umum. Peruntukan itu digunakan oleh Pulau Pinang untuk mengumumkan cuti umum pada 26 Ogos lalu.

Lim juga bersetuju dengan cadangan badan bukan kerajaan untuk melakukan eksperimen enzim sisa makanan di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung.

Beliau berkata enzim sisa makanan itu berupaya membersihkan kawasan dan sungai tercemar akibat pembuangan sampah isi rumah, kilang dan premis perniagaan.

Enzim yang dihasilkan dari bahan terbuang seperti kulit buah-buahan mampu menyahtoksin kotoran yang terkandung dalam air.

"Ia mampu menjaga ekosistem dan sekaligus memelihara alam sekitar kerana enzim ini diperbuat dari sisa bahan organik," katanya.

-mSTAR Online

No comments: