"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 02, 2008

Biarkan Individu & Institusi Agama Diperkudakan.

Imbas balik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kini menunggu laporan lengkap mengenai kedudukan Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi - yang menjadi saksi upacara bersumpah Mohd. Saiful Bukhari Azlan - ekoran penglibatannya dalam membantu 'berkempen' pilihan raya kecil Permatang Pauh minggu lalu.

Memetik kenyataan Ramlang Porigi pula dalam penglibatan beliau dalam ceramah Parti KeADILan Rakyat, beliau menegaskan kepada mSTAR Online bahawa "Saya bukan berkempen. Saya hanya mahu beri penjelasan sebenar. Satu patah perkataan pun saya tak sebut mengenai kempen. "Saya tidak kata pun kepada mereka di sana supaya undi mana-mana calon,"

Jelas disitu & bagi para hadirin yang hadir pada ketika majlis tersebut juga amat jelas bahawa kenyataan Ramlang ada benarnya.

Dalam sidang akhbar yang diadakan beberapa detik selepas kemunculan beliau di pentas ceramah Parti KeADILan Rakyat juga beliau menjelaskan sebab kehadiran beliau pada masa sumpah diadakan & tidak sepatahpun keluar dari mulut beliau kenyataan yang berbaur kempen pilihanraya.rujuk di [sini].

Balik pada kenyataan Zahid Hamidi tentang tindakan yang akan diambil terhadap Ramlang Porigi.apa bentuk tindakan yang bakal diambil kita tak tau lagi.tapi yang pastinya - tindakan bakal diambil.

Kita tengok atas alasan apa perlunya mengambil tindakan keatas Ramlang?adakah kerana Ramlang berdiri diatas pentas ceramah parti bukan kerajaan pusat maka perlu dikaji apa tindakan yang bakal diambil?

Apa kata kalau Ramlang berdiri diatas pentas ceramah parti kerajaan pusat.adakah tindakan yang serupa akan dikenakan keatas Ramlang?

Aku timbulkan persoalan ni bukan atas sebab Ramlang muncul dipentas KeADILan, tapi kerana aku tengok adanya penyalah selenggaraan dalam sistem keagamaan.dah jadi semacam adat.mana-mana individu yang terlibat dalam institusi keagamaan, kalau muncul dipentas kerajaan, tak pernah nak diambil tindakan.tapi kalau muncul dipentas parti bukan kerajaan... tunggulah labanya.

Kita kena maklum, kemunculan Ramlang hanya untuk menjelaskan kenapa dia hadir dimajlis sumpah Saiful, setelah menerima tekanan yang amat hebat hasil kerja jahat aku(aku dah mintak maaf kat [sini])& bukannya berkempen untuk mana-mana parti.perlu bagi Ramlang menjelaskan duduk bangun perkara sebenar dipentas PKR kerana kebanyakan maki-hamun datangnya dari penyokong PKR.

Salahkah mempertahankan diri?atau memang azali kerajaan kalau diri & maruah dicabul, lebih baik diam sebagaimana Saiful membiarkan belakangnya di"Ratah"???(tuduhan jahat)

Aku tak faham polisi kerajaan pemerintah sekarang... apakah polisi kerajaan pemerintah ialah membiarkan mana-mana institusi atau individu dipergunakan demi kepentingan mana-mana pihak?

Bangang sungguh kerajaan pusat yang pada hari ini sekiranya mana-mana individu atau institusi dibiarkan diperguna untuk kepentingan pihak tertentu biarpun yang "menggunakan" itu mempunyai agenda jahat.

Lumpuh sudah institusi keselamatan PDRM, lumpuh sudah institusi kehakiman & kini lumpuh juga institusi keagamaan... semuanya diperguna oleh pihak yang rakus penuh nafsu jahat & yang bersekongkol pulak, mereka-mereka yang sepatutnya memperkasakan institusi-institusi terbabit....

Jahanam sudah sistem diratah para laknatullah & bersedialah untuk menerima jahanam negara ini.biarkan semuanya jadi tunggangan...jangan melawan.

No comments: