1 Malaysia tau apa itu September 16.1 Malaysia tau apa yang menunggu Malaysia pada September 16.kenyataan atau khayalan, hanya Allah yang Maha Mengetahui.DSAI hanya mampu merancang tapi jangan kita lupa Allah yang akan menentukan.
Aku nak bawak korang mencelah serkap, perangkap, jerat & prasyarat dalam merealisasikan September 16.serkap, perangkap, jerat & prasyarat ni bukan untuk kita lalu, buka untuk kita tempuh, bukan untuk kita harung tapi inilah yang perlu DSAI lalu sebelum September 16 jadi realiti.
Kita cuma perhati & berharap.ada yang berharap jadi kenyataan & ada jugak yang berharap jadi khayalan.terserah pada politik masing-masing.politik aku? politik aku politik jahat.jahat sebab aku tak berada dalam kerajaan pusat.sebab apa aku tak berada dalam kerajaan pusat? sebab aku penentang.
Pemanis.
Sebelum September 16, pasti DSAI dah tetapkan dateline rundingan sebelum agenda berjalan.itu strategi politik yang tak semua orang boleh buat.Tajol Rosli gagal merampas takhta kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebab dia tak de strategi ni.Tajol cuma ada tarikh, tapi tak pernah rancang strategi... ni kita panggil politik hentam kromo...
Politik kedai kopi.duduk kedai kopi, bersila rapat layan dam.takat tu je Tajol pandai.sebab tu dia gagal. bila gagal kena spare tisu banyak-banyak.tisu kene spare banyak-banyak, bateri handphone kene biar week.kalau boleh, tutup trusss handphone. pasal apa tutup handphone?pasal tak tau nak jawab kalau orang call tanya apa jadi 31 Ogos.
Pemanis Tajol cuma ayaq liyor.ayaq liyor zaman la ni tak laku dah.aku dengar cerita Tajol tengah buat plestik sejeri.
Kepercayaan & keyakinan.
Nak deal bukan senang.ni bukan deal nak jual beli kambing.ini deal nak tukar tampuk no-1.kena tanam kepercayaan & keyakinan.bukan sorang dua yang nak ditanam kepercayaan & keyakinan tapi lebih dari 30 orang.ingat senang ke?
Kita ni nak yakinkan member rapat pun sikit punya susah, ini pulak nak yakinkan pihak yang bukan segaris dengan kita.aku Pakatan Rakyat, hang Barisan Nasional.2 musuh tradisi.macam mana nak bagi berkawan 2 ni?ni bukan takat nak bagi shake-shake hand je.ni nak bagi isi borang keahlian terus.hangpa ingat senang ka?
Kalau orang tak percaya, kalau orang tak yakin... jangan harap la...
Mandrem.
Ada beberapa kementerian yang mesti di"mandrem"kan sebelum dapat jadikan September 16 1 kenyataan.(mandrem bukan bermaksud "bomoh"kan).
1 - BPR(Badan Pencegah Rasuah): Yang ni penting.kalau pemanis untuk yang ni tak menarik, kemungkinan besar Badan ni akan dipergunakan oleh kerajaan pemerintah sekarang.kuasa ada pada kerajaan.apa pun depa boleh buat untuk gagalkan rancangan hatta mempergunakan BPR untuk mengada-adakan tuduhan pun boleh.
Tak percaya?tengok je apa jadi di Perak.aku malas nak cerita kat sini hal sebenarnya sebab ada kawan yang akan dedah.sebelum ni pun dah dijelas serba sikit tapi tak secara detail.sampai masa akan didedah detail.tunggu je.
Kalau DSAI dapat yakinkan BPR kreadibility yang ada pada DSAI, yakinkan BPR apa kebaikan yang akan BPR dapat kalau peralihan kuasa berlaku nanti, tak mustahil DSAI akan dapat kepercayaan BPR & peluang kerajaan pemerintah untuk perguna BPR akan terkubur.
Tak kan BPR nak subahat dengan kerajaan lemah?baik la biarkan perubahan berlaku demi kebaikan asalkan tak berlaku salahlaku rasuah dalam peralihan.
2 - PDRM(Polis Di Raja Malaysia): Yang ni pun sama kes jugak.tapi aku letak yang ni dalam kategori kritikal.kritikal sebab ni la 1-1nya institusi yang paling tak baik hubungannya dengan Pakatan Rakyat.tanya la sape-sape yang pro Pakatan Rakyat pandangan depa pada PDRM.aku berani cop ataih dahi dari 10 responden yang hangpa buat survey, sekurang-kurangnya 7 respondan akan bagi respon negative pada PDRM.
Ni bukan silap orang ramai.tapi silap orang uniform Pulis sendiri.aku sendiri tengok PDRM ni macam alat kerajaan.kerajaan pemerintah macam pegang 1 remote control untuk control PDRM.akibatnya, nama PDRM menjunam ke carta paling rendah dalam carta popularist Malaysia.
Kalau dibagi pilihan samada nak undi PDRM atau Pak Guard Kilang dalam bab amanah, aku undi Pak Guard Kilang.
3 - Kehakiman(korek korek korek korek korek): Ni lagi 1 sistem yang nak kena pancing elok-elok.bukan tak tau struktur yang ni dah rosak sejak zaman TDM lagi.lagi satu produk permainan remote control oleh kerajaan pemerintah.
Depa boleh masuk court & bicarakan sesape pun dengan skrip yang dah siap sebelum pendakwaan bermula.parah sungguh yang ni.hangpa kalau masuk court, anak dara hangpa kene tarah dek menteri ka, orang ada pengaruh ka(ultraman Had Hari) belum tentu hangpa boleh menang kes sebab ni semua boneka.
Sebab apa jadi boneka?sebab dari asal tak de kreadibility.bila tak de kreadibility, masing-masing kena pasang talian hayat.sape talian hayat?menteri la... sape lagi?
3 Sistem terpenting.
Aku bagi 3 sistem yang paling penting dulu yang kita kena perati.3 sistem kat atas ni wajib DSAI buat sesuatu sebab 3 ni lah yang paling kuat pengaruh dalam pemerintahan mana-mana kerajaan.kalau 3 sistem ni dapat DSAI jinakkan, tak mustahil September 16 jadi kenyataan.
Kalau 3 sistem ni tak dapat DSAI jinakkan menjelang September 16, maka kemungkinan besar DSAI akan gagal merealisasikan apa yang dirancang pada September 16.
Bagi aku(personal)kalau DSAI tak dapat jinakkan 3 institusi kat atas tu, maka DSAI tak layak memimpin negara.sebab apa aku cakap tak layak?fikir......
DSAI bakal dinobat sebagai PM Malaysia(insya-Allah kalau September 16 jadi realiti)& sebagai seorang PM, semua institusi tadi akan berada dibawah kerajaan.pemimpin no-1 mestilah seorang yang amat berkaliber & kepimpinannya diiktiraf oleh institusi-institusi dibawahnya(kecuali pembangkang).
kalau dari awal DSAI gagal mengawal istitusi-institusi tadi, maka umur kerajaan baru tidak akan bertahan lama sebab kegagalan mengawal institusi-institusi tersebut memungkinkan pengaruh kerajaan lama menguasai mereka & seterusnya akan dieksploitasi oleh "bekas kerajaan" untuk meruntuhkan kerajaan baru.
Jangan pandang remeh hal ini.mungkin kita akan fikir - "ah...depa dah tumbang...tak leh buat apa dah..." tapi jangan kita lupa bukan mudah untuk menerima kejatuhan selepas berkuasa lebih 50 tahun.
DSAI "Cool"...
Kalau DSAI berjaya mengawal ke 3-3 institusi kat atas tu, memang tak syak lagi bahawa DSAI adalah manusia paling "Cool" di Malaysia & tak syak lagi bahawa DSAI memang layak untuk berada pada kerusi no-1 negara.
Aku tak tau apa rancangan DSAI buat masa ni sebab aku tak pernah sembang face 2 face dengan DSAI tapi apa yang aku tau dari mulut orang-orang yang aku tau selalu berurusan dengan DSAI, lompat-melompat bukan sekadar cita-cita, tapi bakal jadi realiti & aku yakin yang tu.jumlahnya lebih dari cukup untuk bentuk kerajaan baru tapi halangan yang aku nampak ialah apa yang aku cerita dekat atas tu.
Tak lama dah tarikhnya tu... selama ni ramai yang pertikai apa yang DSAI cakap.tapi lepas 1-1 kenyataan dari DSAI jadi kenyataan, bukan Malaysia je yang berdebar-debar... aku ingat Zimbabwe & Panama pun berdebar-debar jugak.ye lah... kaau jadi kenyataan, aku dengar salah 1 dari 2 negara yang aku sebut tadi bakal terima pemastautin baru - TDM... awal-awal dah anounce nak migrate...
Takut la tu...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment