"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 06, 2008

The Art Of War

Semalam, aku pun dok tunggu kot-kot ada berita tentang lompat. Tunggu punya tunggu, habuk pun tarak. Aku start motorsikal, terus pergi pekan Kuala, cari kueh kat Arena Square. Petang-petang, kawasan Bawah Lembah sesak dengan orang nak beli kuih. Bulan Ramadan ialah Pesta Makan.

Ini kali pertama aku masuk Pasar Ramadan kat Arena Square. Kalau dimasukkan semua makanan yang dijual tu kedalam lori sampah MPKK, mungkin ada dua lori. Fuh!.. kuat sungguh orang Kuala mentekedaghah.


Aku rambang mata tak tau nak beli apa, last-last aku beli bihun sup Habuna. Bukan tak pernah makan, tapi pasai aku kenai tauke dia. Beli dua dapat satu free. Satu untuk aku, satu untuk Pak Nawi dan satu untuk Mak Piah. Lagi pun, kuih lain, bila nak berbuka, setengahnya dah basi pun…tapi bihun Habuna…nak makan perangat sup saja.


Sampai rumah Pak Nawi, aku tengok pintu terlahang je. Pak Nawi tengah berlengkor depan pintu. Mak Piah didapor nampak aku datang, “Masuk le Mat! aku tengah ngelentel tepung…nak buat buah melaka.”


Aku pun hantar bihun sup kedapor. Dengor aku datang, Pak Nawi pun bangkit.


“Awal lagi dah bayar nazar?” perli Pak Nawi. “Tak kan bihun sup je!”


“Apa pun tak jadi…saja depa buat penaya. Kata nak lompat..tapi tak ada pun.”


“Aku pun heran dengan kamu ni.. Nak kata pandai…bodoh. Nak kata bodoh…pandai. Aku pun tak tau…kamu nak penaya orang ke…atau pun kamu kena penaya.” kata Pak Nawi.


“Pasai apa?” aku tanya.


“Pasai senang sangat kamu percaya cerita tu. Aku sebiji pun aku tak percaya cerita tu.. Dah dua kali Anwar penaya aku…”


“Pasai apa?”


“Sekali dia penaya aku…kata nak bertanding diKulim. Malam tu dia isytihar kat Kulim, esoknya orang umno berambat keKulim. Alih-alih…dia bertanding di Permatang Pauh.”


“Lagi?”


“Lepas tu masa pencalonan. Ada yang kata sampai lima penjuru. Alih-alih…orang kuat dia Dr. Mansor yang mula-mula hantar borang pencalunan. Pernah kamu pikio perancangan ni?”


“Tak.”


“Kamu ambik buku dalam lemari buruk tu…kisah perancangan macam mana orang putih nak tawan Perak masa Birch dulu. Aku nampak… macam Anwar pernah baca buku ni..taktik dia sama macam orang putih dulu.”


Aku pun selongkor lemari buruk Pak Nawi. Jumpa la buku tu…kulit pun dah koyak.


“Bawak balik buku tu…baca dan hadam semua…lepas tu pikio balik. Jangan telan bulat-bulat apa yang orang cerita.” kata Pak Nawi. “Bagi tumpuan pada tiga bab. Bab ketiga perenggan pertama..” Dasar yang paling selamat ialah bukan dengan berperang tapi mengambil alih sesebuah negara itu tanpa perumpahan darah. Yang ni matlamat Anwar”


“Bab keempat, perenggan ketiga, yang ni cukup syok. Pertama sekali yang dibuat oleh Residen British bila dia datang kePerak ialah dengan melemahkan iman guru ugama dan ustaz. Yang ni dah buat dah”


Bab kelima, perenggan kelima: Air tidak akan memanjat bukit tapi akan turun mengikut lurah. Bila nak buka empangan, jangan buka sikit-sikit..nanti habis semua meresap kedalam tanah. Kalau nak meruntuhkan rumah..lepas sekali gus. Anwar tengah buat empang, cuma tunggu bila dia nak pecah.”


“Tapi orang dah tak sabor dah ni!”


“Jangan le seronok sangat. Nanti dia buka empang… kamu mula-mula yang hanyut!”


“Mana Pak Nawi dapat buku ni?” aku tanya.


“Dulu, Sekolah Raja Perempuan Kelsom tu la Rumah Residen. Bila orang putih kalah masa Jepun, buku-buku tu bawa keIstana. Bila Sultan Derih meninggal, depa nak repair istana…banyak le benda nak dibuang. Jadi aku angkut la bawa balik.”


“Boleh pinjam tak?”


“Angkut le. Jangan juai ubat udah le.”

-PerakExpress

1 comment:

Anonymous said...

haha, saya memang suka blog ini.