"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 06, 2008

Mengapa MP2 & ADUN2 BN tak lompat ke Pakatan Rakyat?

MP MP BN yang kononnya nak melompat ke Pakatan Rakyat tinggal satu omong omong gombal belaka, kerana mereka sangat selesa bersama BN.

Dengan berbosskan seorang yang sentimental dalam ertikata lain "LEMAH" maka mereka selesa bersamanya.

Dengan kelemahan boss maka MP MP ini senang untuk mereka "take advantage" dan melakukan apa saja untuk kepentingan diri masing masing kerana bossnya sentiasa berkata "YES please go ahead".

Adalah menjadi resam pekerja,bekerja dengan majikan yang berbosskan sentiasa berkata "yes no problem" mereka anggap boss yang baik manakala boss yang tegas mereka anggap boss yang jahat.

Selalunya majikan yang berbosskan yang lemah implikasinya adalah pentadbiran menjadi tunggang langgang kerana semua orang bawahan dengan agenda masing masing saperti rasuah dan penyalagunaan kuasa.

Manakala majikan yang berbosskan orang yang tegas maka segala pentadbiran menjadi lancar serta mendapat untung yang berlipat ganda kerana pekerjanya menjalankan tugas dengan telus dan bersungguh sungguh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang tegas dan berwibawa, dan bukan senang untuk diperbodoh bodohkan.

Dengan itu tiada alasan bagi MP MP ini untuk meninggalkan BN kerana mereka merasa bodoh untuk tinggalkan boss yang bodoh kepada boss yang tegas kerana ajenda mereka untuk menjadi YANG BERHORMAT di bawah BN adalah hanya kepentingan sendiri dan bukannya kepentingan rakyat dan negara.

Dalam pemerintahan PR sudah pasti mereka mereka ini tidak boleh sewenang wenangnya untuk menyalahgunakan kuasa, kerana konsep PR adalah bekerja untuk rakyat.

-dynamite

1 comment:

Anonymous said...

aku setuju 100% teori ini.

tapi demi survival pasti dorang akan lompat PR, sebab BN dah x berkuasa lagi. oleh demikian, kita patut berhati2 kerana mereke ini adalah liabiliti kepada PR dan bukan aset!