"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 06, 2008

Pelanggan Celcom Kini Boleh Bayar Zakat Melalui SMS

SHAH ALAM, 6 Sept (Bernama) -- Pelanggan talian mudahalih Celcom (Malaysia) Bhd boleh membuat pembayaran zakat fitrah kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mula diperkenalkan hari ini.

Kemudahan itu membolehkan pelanggan hanya perlu menghantar SMS untuk membayar fitrah dan bayarannya akan dikreditkan ke akaun pembayar zakat atau dipotong daripada akaun pra-bayar mereka.

Majlis pelancaran kemudahan itu disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Pengguna kemudahan percuma itu hanya perlu menaip 'fitrahselangor' dan hantar ke 21999 diikuti dengan arahan seterusnya.

Kadar fitrah bagi negeri Selangor tahun ini ialah RM5.20 seorang dan resit bayaran zakat melalui SMS boleh dimuat turun dari laman web LZS di alamat http://mfitrah.celcom.net.my sebelum 31 Okt ini.

Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut menyampaikan bantuan Hari Raya daripada LZS kepada 100 orang fakir miskin, 80 anak yatim dan 100 saudara baru (mualaf).

Baginda juga berkenaan menerima zakat perniagaan daripada Worldwide Holdings Bhd berjumlah RM1.3 juta dari Pengerusinya Datuk Mohd Arif Abdul Rahman.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohd Adzib Mohamad Isa berkata kenaikan harga minyak dan harga barangan telah menyebabkan bilangan fakir miskin di negeri itu meningkatkan kepada 10,000 berbanding 672 orang yang berdaftar tahun lepas.

Katanya, LZS telah memperuntukkan RM11.7 juta bagi membantu golongan fakir miskin dan RM1.2 juta untuk saudara baru di negeri itu tahun ini.

No comments: