"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 24, 2008

Kes bunuh isteri bekas ADUN Bukit Tambun bermotifkan samun

GEORGE TOWN: Pembunuhan isteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun yang ditikam beberapa kali di bahagian dada dan perut dipercayai bermotifkan samun berikutan sebuah beg berisi kirakira RM14,000 yang dibawa mangsa turut hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC II Wan Abdullah Tuanku Said berkata, siasatan awal mendapati beg berisi duit hasil kutipan stesen minyak yang dibawa Thor Joo Lee, 44, turut hilang dan dipercayai disamun empat lelaki itu.

"Kita percaya mangsa disamun sebelum kumpulan penyamun itu bertindak membunuhnya setelah mangsa menjerit meminta tolong," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku di pekarangan rumah mangsa pada 11.40 malam ketika Thor baru pulang dari stesen minyak miliknya di Simpang Ampat dekat sini dan mangsa yang cedera parah, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Loh Guan Lye di Georgetown dekat sini pada 12.15 pagi.

Wan Abdullah berkata, bedah siasat terhadap mayat mangsa yang dilakukan di Hospital Pulau Pinang kira-kira 10 pagi ini mendapati mangsa mati berikutan beberapa tikaman itu mengenai hati dan jantungnya selain banyak kehilangan darah.

Sementara itu, suami mangsa, Lai Chew Hock yang menawar ganjaran RM50,000 kepada pemberi maklumat sehingga pembunuh isterinya ditangkap, berharap mereka yang mempunyai maklumat atau nampak kejadian itu tampil membantu polis.

Sambil menggelar pembunuh isterinya sebagai bukan manusia, beliau menyifatkan kejadian itu sebagai bukan rompakan biasanya, sebaliknya memang berniat membunuh.

"Ini serupa perangai binatang, macam anjing. Kalau manusia, dia tidak akan buat begitu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Tambun Indah di sini, hari ini.

Katanya, kejadian yang berlaku itu amat memilukan hatinya kerana ia berlaku di depan matanya sendiri tetapi beliau tidak dapat berbuat apa-apa bagi menyelamatkan isteri yang dikahwininya sejak 23 tahun lepas.

Menceritakan detik itu, Lai berkata, beliau yang berada di rumah bergegas ke balkoni apabila terdengar jeritan isterinya yang tiba di pekarangan rumah dengan menaiki kereta MyVi.

"Isteri saya baru pulang dari stesen minyak milik kami dan meletakkan kereta serta pintu pagar automatik juga sudah ditutup.

"Kemudian, saya nampak seorang lelaki memanjat pagar, saya terus menjerit dengan harapan lelaki dan beberapa rakannya itu melarikan diri, sebaliknya, seorang daripada mereka memasuki kereta dan menikam Thor.

"Saya terasa hendak terjun saja tapi mereka sudah melarikan diri dan kejadian itu berlaku dengan pantas," katanya yang kemudian bergegas membawa Thor ke Pusat Perubatan Loh Guan Lye.

Dalam perjalanan itu, Lai berkata, tubuh Thor berlumuran darah serta beliau juga tidak memberi sebarang reaksi setiap kali Lai memanggilnya.

"Saya berharap benar Thor akan memberi reaksi tapi langsung tiada. Saya tidak tahu isteri saya masih hidup atau tidak ketika itu, bagaimanapun doktor mengesahkan Thor telah tiada setiba di pusat perubatan itu," katanya.

-mSTAR Online

No comments: