"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 24, 2008

Laporan polis terhadap Anwar

Barisan Bertindak Gombak yang diwakili beberapa pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dari daerah itu, hari ini membuat laporan polis terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang didakwa mengganggu-gugat kestabilan negara.

Laporan dibuat oleh Ketua Setiausahanya Mohd Mustafa Latiff di Balai Polis Batu 6, Gombak pada jam 10.35 pagi ini.

Mohd Mustafa yang ditemui pemberita selepas itu berkata, mereka membuat laporan polis untuk mendesak polis dan kerajaan agar menjalankan siasatan terhadap Anwar yang didakwa mereka telah mewujudkan pelbagai prasangka negatif rakyat terhadap kepimpinan kerajaan.

"Kami membuat laporan ini supaya polis dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya ke atas beliau. Ini kerana kepimpinan Anwar bukan sahaja menganggu-gugat kestabilan negara, tetapi juga mengelirukan pemikiran rakyat dengan beberapa kenyataannya seperti isu ahli parlimen BN (Barisan Nasional) yang keluar parti... sedangkan perkara itu adalah tidak benar.

"Beliau (Anwar) seharusnya disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat terutamanya berhubung isu mengambil alih kerajaan," katanya kepada pemberita di perkarangan balai polis itu hari ini, demikian menurut Bernama.

Terdahulu terdapat juga dakwaan mengenai pelabur asing yang menarik balik pelaburan di negara ini berikutan dakwaan Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, kononnya akan mengambil alih kerajaan daripada BN.

Tidak puashati


Seramai 20 anggota Barisan Bertindak Gombak berkumpul di hadapan balai polis itu sejak jam 10 pagi ini bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindak-tanduk Anwar sebagai pemimpin.

Mereka turut membawa kain rentang yang tertulis "Anwar Ibrahim pengacau Negara, Rakyat dan Pembohong Besar" serta "Tangkap Anwar Ibrahim".

Sementara itu, di Seremban, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan Anwar yang mempunyai senarai nama ahli Parlimen BN yang telah menyertai partinya sebagai muslihat semata-mata.

Beliau berkata kalau benar sudah tentu Anwar sudah berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan.

"Kalau betul sudah ada perundingan di antara Anwar dengan perdana menteri, mengapa nak buat kenyataan pada media asing...sepatutnya, panggil sahaja wartawan tempatan ke Parlimen dan buat kenyataan serta dedahkan senarai nama itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco negeri hari ini.

Mohamad yang melabelkan Anwar sebagai "Tukang Karut" disebabkan kegagalan ketua pembangkang itu untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September lalu seperti yang disasarkan, yakin jika senarai nama itu ditunjukkan kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda akan menyiasat perkara itu untuk membolehkan pertukaran kerajaan.

-malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

Kepada pecacai-pecacai UMNO, kalau kail panjang sejengkal jangan laut dalam hendak diduga.

Baru sehari dua ceburi bidang politik sudah mau tunjuk lagak.

Tahukah anda pecacai-pecacai semua bahawa DS Anwar bermulanya dijemput menyertai secara hormat untuk memperkuatkan UMNO pada 1982. Atas nasihat Ulamak Azhar Sheikh Yusuf Qardawi beliau bersetuju untuk memperjuangkan ISLAM dan orang MELAYU melalui UMNO.

Beliau diiktiraf sebagai pemimpin NEGARA yang di segani dengan menyandang berbagai jawatan samaada didalam parti, kabinet dll.

Oleh kerana terdapatnya sifat tamak haloba, cemburu, dengki dan kianat dikalangan pemimpin-pemimpin
UMNO maka pada tahun 1998 beliau disingkirkan, diseksa dan diaibkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Bahkan jika sekiranya ajalmaut itu berda diatas kuasa mereka, maka beliau hendak dilenyapkan terus dari muka bumi ini.

Begitulah kejamnya pemimpin-pemimpin UMNO.

Namun sesungguhnya ALLAH SWT. itu maha berkuasa dan maha perancang, ular yang menyusur akar itu tidak akan hilang bisanya. Diatas istiqomah, kesabaran, kebolehan, kebijaksanaan dan ketokohan DS Anwar bangkit semula selepas 10 tahun.

Beliau masih hidup dan sehat sejahtera. Beliau bangkit semula menebus maruahnya yang dicalarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Mereka yang berkonspirasi menjatuhkan beliau dahulu telah pergi ke alam fana seorang demi seorang dengan cara yang keji dan mengerunkan. Itulah balasan dari ALLAH yang maha ADIL LAGI BERKUASA.

Dan mereka yang masih tinggal sedang merasai kejatuhan satu demi satu TANPA BERKECUALI.

NAMUN KITA LIHAT DS ANWAR TERUS MENDAKI TANGGA KEJAYAAN. HIDUP DS ANWAR IBRAHIM. RAKYAT MALAYSIA SEDANG MENANTI ANDA MENDUDUKI PUTRAJAYA UNTUK MEMBELA RAKYAT DAN MEMERDEKAKAN RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA.