"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 28, 2008

Minyak Turun 2x, Barang Naik Banyak Kali...

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) kini dalam peringkat akhir kajian mengenai kenaikan kadar tambang asas teksi bagi dua kilometer pertama, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.

Beliau berkata kajian itu membabitkan tambahan RM1 menjadikan tambang asas dua kilometer pertama sebanyak RM3. Tambang asas kini ialah RM2.

Beliau berkata, keputusan kajian itu akan diumumkan tidak lama lagi.

"Hasil kajian itu membabitkan nasihat dan pandangan dari juruperunding yang dilantik khas bagi mengkaji tambang teksi.

"Kita tidak boleh percaya seratus peratus kepada tuntutan pengusaha dan pemilik teksi kerana sebagai pengusaha mereka mementingkan keuntungan sedangkan kita di pihak kerajaan perlu melihat kepentingan dan kebajikan rakyat sama," katanya.

Noh berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat terminal bas ekspres sementara ke Selatan di Bukit Jalil dekat sini, Sabtu malam.

Noh berkata, kajian mengenai tambang itu turut membabitkan perkhidmatan bas berhenti-henti, bas ekspres, bas mini dan bas sekolah.

Mengenai Lesen Perubahan Sementara (LPS) yang dikeluarkan sempena musim perayaan Aidilfitri, Noh berkata sejak 15 Sept lepas hingga hari ini, LPKP sudah mengeluarkan 2,044 LPS untuk semua destinasi.

Katanya, pertambahan bas itu boleh mengelak kejadian penumpang tersadai di saat-saat akhir di samping ulat-ulat tiket tidak boleh mengambil kesempatan dari permintaan tiket yang meningkat.

TP - Minyak naik, barang naik, takrif letrik naik, air naik, rege barangan semua naik, rakyat naik minyak...

Minyak turun... situasi yang sama jugak berlaku - barang naik, takrif letrik naik, air naik, rege barangan semua naik, rakyat naik minyak lagi...

KERAjaan cakap, prihatin akan masalah dan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat...

Prihatin???

Khak Ptuih..!

No comments: