"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 28, 2008

Zoom! Jualan Hari Raya Waktu Tengah Malam Di Johor Baharu Berjaya

JOHOR BAHARU, 28 Sept (Bernama) -- Jualan hari raya, "Zoom! Hari Raya Midnite Sale Johor Baharu" anjuran Pelancongan Malaysia di Plaza Angsana di sini tengah malam tadi mencapai kejayaan bila ia menarik lebih seribu pengunjung tempatan dan Singapura membeli belah terutama untuk persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.

Acara untuk hanya satu malam itu yang bersifat "experimental" dari 10 malam hingga 2.00 pagi yang dipromosi begitu agresif menyebabkan kesesakan teruk di jejambat berhampiran hingga pemandu mengambil masa 45 minit untuk sampai ke tempat parkir plaza berkenaan.

Jelas gembira dengan kejayaan itu, Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata jualan sedemikian akan diperluas meliputi festival lain demi menggalakkan industri pelancongan, sumber pendapatan kedua terbesar negara.

"Melihat kepada respons, saya fikir acara ini berjaya dan kami sudahpun membuat perancangan untuk meliputi festival-festival lain pada masa depan," kata Azalina selepas merasmikan jualan itu.

Jualan serupa diadakan serentak di Geylang, Singapura.

Azalina menggesa pihak berkuasa berkenaan memudahkan kemasukan pelancong Singapura ke Johor Baharu dengan tidak memerlukan mereka menggunakan pasport.

Beliau berkata pendekatan lebih terbuka seperti dilakukan negara-negara anggota Kesatuan Eropah perlu digalakkan tanpa mengetepikan keselamatan negara.

Kira-kira 100 gerai menjual pelbagai juadah perayaan didirikan di luar bangunan Plaza Angsana. Ada penjual yang menawarkan diskaun bagi barangan mereka hingga 75 peratus.

Acara itu berjalan serentak di kompleks beli belah Kotaraya dan Aeon Tebrau City di sini.

No comments: