"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 28, 2008

Penjelasan Tentang Pakai Skirt Masuk Masjid

Kenyataan Tentang Pakai Skirt Masuk Masjid

Sebenarnya, selepas YB Teresa dibebaskan pada hari Jumaat 19hb Sep. beliau sibuk dari siang sampai larut malam dengan berbagai program kemesraan jemputan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong termasuk majlis berbuka puasa di perkarangan Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru.

Selepas dibebaskan pada pukul kira-kira 1.20 ptg, beliau tidak sempat balik ke rumah pun, apa tah lagi menukar pakaian; lagipun jemputan untuk majlis tersebut di terima pada saat-saat akhir iaitu lewat petang hari itu juga.

Dalam keadaan sedemikian, pakaian beliau adalah berpatutan dan sama sekali tidak boleh dianggap “kurang sopan” atau biadap. Skirt itu pula bukan skirt pendik dan panjangnya melepasi lutut.

Lagipun, beliau berada di perkarangan masjid dan tidak masuk ke dalam bangunan masjid.

Sepatutnya, Timbalan Mufti tidak buat komen tersebut tanpa tahu-menahu keadaan sebenarnya kerana ia bakal menimbulkan prasangka terhadap YB Teresa.

Y W Yeoh
Setiausaha Akhbar kpd YB Teresa Kok

Utusan Online 28hb Sep 2008

Teresa kurang sopan pakai skirt di masjid

KUALA LUMPUR 27 Sept. -
Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa menegur Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim kerana tidak berpakaian sopan ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.

Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.

“Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.

“Mungkin juga Teresa baru balik dari majlis lain dan singgah sebentar ke masjid itu untuk memenuhi jemputan berbuka,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika majlis khatam al-Quran dan penyampaian sumbangan hari raya di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai gambar Teresa dalam laman blognya yang memaparkan beliau hanya memakai skirt dan tidak menutup aurat semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Tambah Zakariah, pihak pengurusan masjid tu juga seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.

Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan.

-Sassy MP

No comments: