"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 28, 2008

Kemasukan EC725 Eurocopter Gandakan Keupayaan CSAR TUDM

SEREMBAN, 28 Sept (Bernama) -- Pengumuman pembelian EC725 Cougar dari Eurocopter Malaysia Sdn Bhd untuk menggantikan pesawat Nuri merupakan pemilihan yang sangat tepat untuk keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata penganalisis pertahanan tempatan Marhalim Abas.

Marhalim yang juga Editor bebas untuk majalah Asian Defence Journal memberitahu Bernama, Eurocopter selama ini banyak menguasai pasaran komersil Malaysia dan ini merupakan kali pertama syarikat itu berjaya menjual pesawat tenteranya kepada TUDM.
"Kehadiran Eurocopter di Malaysia semakin kukuh kerana sebelum ini ia berjaya membekalkan helikopter Fennec kepada polis dan tentera laut negara ini. Helikopter syarikat itu turut digunakan oleh Malaysia Helicopter Services," katanya.

Kejayaan ini mungkin disumbang kepada kehadiran syarikat itu di Subang, Selangor yang telahpun menguasai pasaran komersil di negara in sejak beberapa tahun lepas, katanya.

Beliau menjangkakan EC725 TUDM nanti akan diberi kelengkapan senjata dan navigasi yang sama taraf dengan helikopter tentera Perancis termasuk sistem penerbangan malam yang sebelum ini tidak dilengkapkan kepada helikopter sedaia ada dalam perkhidmatan TUDM.

Katanya TUDM memerlukan sekurang-kurangnya 40 buah helikopter bagi menggantikan perkhidmatan Nuri dan yakin beberapa buah daripada helikopter EC725 yang akan diterima kelak mungkin akan diubah suai untuk menjadi helikopter Combat Search and Rescue (CSAR).

Wakil syarikat Eurocopter di Malaysia, Salleh Majid pula memberitahu helikopter EC725 mempunyai kelajuan dan perlindungan yang boleh diharapkan untuk masuk ke zon pertempuran sebagai helikopter CSAR.

"Keistimewaan helikopter ini adalah kebolehannya untuk menjadi pesawat CSAR yang sebenar-benarnya. Masuk dan keluar dengan selamat dari zon panas," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Katanya, TUDM sebelum ini mempunyai Nuri khusus untuk tugas-tugas penyelamat tetapi ia hanya dinaik taraf kepada Search and Rescue (SAR) sahaja kerana tidak mempunyai kelajuan dan perlindungan armor yang diharapkan.

Sumber dari industri memberitahu Bernama, syarikat-syarikat antarabangsa bersaing sengit untuk memenangi tender TUDM kali ini tetapi sejak dari awal, beliau berpendapat EC275 akan muncul sebagai pemenang kerana keupayaannya untuk terus terbang walaupun peluru berjaya menembusi bahagian enjin dan mengeringkan minyak hidraulik.

EC725 merupakan model yang ditingkatkan dari helikopter AS532 Cougar dan membuat penerbangan pertamanya pada tahun 2000 untuk memenuhi keperluan CSAR tentera udara Perancis.

Antara kejayaan helikopter ini adalah penglibatannya dalam Operasi Baliste di Lebanon pada tahun 2006 yang ketika itu ia digunakan untuk mengeluarkan rakyat dari negara Eropah semasa memuncaknya serangan Israel ke atas kedudukan Hezbollah.

Helikopter yang sama juga menyokong kedudukan tentera Perancis yang terlibat dalam peperangan menentang keganasan di Afghanistan.

EC725 boleh memecut sehingga 324 kilometer sejam dan berupaya membawa 28 tentera tidak termasuk anak kapal.

Jika memasuki perkhidmatan TUDM, ia dijangka mempunyai kelengkapan yang sama dengan helikopter milik Perancis seperti sistem amaran radar, alat umpan peluru berpandu, meriam 20mm, pelancar roket dan mesingan 7.62mm.

Ia juga mempunyai perlindungan dari tembakan mesingan ke atas bahagian penumpang.

2 comments:

Anonymous said...

barangan eurocopter memang dah lama masuk malaysia...... tanya bebudak petronas yang kerja offshore/kat pelantar minyak...... selama nie diaorang g ke rig tu naik aper? bukanker helikopter samada sikorsky s61N (adik beradik nuri), eurocopter puma as332l1 atau eurocopter puma as332l2? varian puma nie dulu keluaran aérospatiale (perancis - est. 1970, jadik eurocopter group - 1992 bila joint dengan daimlerchrysler aerospace ag).... helikopter varian alouette (lagi tua dari nuri) pun keluaran aérospatiale.

keluarga super puma/cougar nie mula terbang pada september 1977/78... nanti kalau ader kemalangan lagi cakapler nie pun sebenarnya helikopter lama jugak yeeeeeeeeeeee..... antara yang paling baru terhempas milik rsaf kat sembawang mei 2008......

Anonymous said...

biase sgt kata rasuah,tapi bila tak rasuah senyap,buat-buat tak dengar dan nampak plak....hampeh la lu org

kalau pertahanan kita asyik dok berkira...kalau berperang takkkan nak suruh baling batu kot...sebab nak jimat duit..sampai bila nak baling batu ...sampai anak cucu...cicit!