"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 30, 2008

Ingatan kepada hakim

Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Zaki Tun Azmi mengingatkan para hakim bahawa mereka tidak layak menerima gaji daripada wang rakyat jika gagal melaksanakan tugas dengan baik termasuk mengamalkan rasuah dan ampu-mengampu.

Beliau menegaskan, tindakan drastik termasuk disingkirkan daripada badan kehakiman boleh dikenakan kepada mereka serta pegawai kehakiman yang gagal menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan bersungguh-sungguh.

‘‘Kita harus ingat gaji kita dibayar daripada kocek rakyat. Jika merasakan tidak mampu memberi khidmat terbaik (mungkin kerana beban kerja terlalu berat atau gaji tidak memadai), kita ada pilihan.

“Pilihannya sama ada terus memikul beban demi kepentingan awam atau meninggalkan jawatan masing-masing atas kepentingan peribadi,” katanya.

Ketua Hakim Negara ke-12 itu berkata demikian ketika berucap pada majlis pelantikan ke jawatan itu di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Eloknya ingatan begini diberikan pada tuan punya diri jugak sebab selalunya yang lalai ialah yang dok diatas sekali...yang dekat bawah pulak bila yang kat atas dah serong, akan dimanipulasi sebaik-baiknya atas nama "keadilan".

No comments: