"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 08, 2008

Mahkamah Tinggi Akan Dengar Semakan Selepas Keputusan Bantahan Peguam

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini akan mendengar permohonan pendakwaan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak bantahan awalnya berhubung kesahihan sijil pemindahan, selepas Mahkamah itu (Sesyen) membuat keputusan berhubung bantahan peguam itu.

Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Jenayah Haslina Basarudin berkata Hakim Mahkamah Sesyen S.M.Komathy Suppiah haruslah diberi peluang untuk mendengar seterusnya membuat keputusan berhubung merit bantahan oleh pihak pembelaan sebelum semakan dibuat oleh pendakwaan.

Haslina dalam surat yang ditandatanganinya itu juga berkata, oleh itu, merit bantahan oleh pembelaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim harus diteruskan di Mahkamah Sesyen.

Surat yang bertarikh 7 Okt 2008 itu telah difakskan kepada Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang turut menyatakan bahawa perkara itu telah dimaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Semalam, pihak pendakwaan telah mengemukakan surat kepada Hakim Mahkamah Tinggi memaklumkan perkara itu, bagaimanapun, Mohamed Yusof berkata mahkamah belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan semakan itu.

Semalam, Komathy juga turut memutuskan bahawa beliau mempunyai budi bicara untuk mendengar hujahan berhubung bantahan pembelaan yang mempersoalkan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.

Komathy menolak bantahan awal pendakwaan yang berhujah bahawa mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar bantahan pembelaan berhubung kesahihan sijil pemindahan.

Pendakwaan telah berhujah bahawa mengikut Seksyen 418A(3) Kanun Prosedur Jenayah, adalah mandatori bagi Mahkamah Sesyen untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebaik sahaja sijil pindah dikeluarkan oleh pendakwaan.

Pembelaan telah membantah permohonan pendakwaan yang mahu kes Anwar itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan menyatakan sijil pemindahan itu tidak sah kerana ia ditandatangani Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang sedang disiasat oleh Badan Pencengah Rasuah berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh Anwar.

Laporan polis itu ialah berhubung dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian "mata hitam" Anwar pada 1998.

Anwar, 60, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas.

No comments: