"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 08, 2008

Tertekan harga bahan binaan

SEREMBAN 7 Okt. – Kira-kira 7,000 kontraktor Melayu yang terbabit dengan projek-projek rakyat di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kini menderita ekoran tiada tindakan sewajarnya untuk membantu meringankan beban mereka.



Ahli Majlis Eksekutif Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Razak Yaacob berkata, kenaikan harga bahan binaan tidak terkawal dan melampau sejak lebih empat bulan lalu gagal ditangani dengan berkesan walaupun isu tersebut diberi perhatian serius oleh kerajaan sebelum ini.



Menurut beliau, daripada keseluruhan kontraktor terlibat, pihaknya menjangkakan 50 peratus daripadanya terpaksa menghentikan projek pada bila-bila masa kerana kehabisan sumber kewangan.



‘‘Keadaan diburukkan lagi apabila bayaran yang sepatutnya mereka terima selepas menyiapkan projek pembinaan (peringkat demi peringkat) terlalu lambat dibayar hingga ada yang tertangguh lebih tiga bulan.



‘‘Saya tidak mampu untuk gambarkan keadaan mereka ketika ini. Bagi saya nasib dan masa depan kontraktor Melayu kita amat gelap kerana kebanyakan mereka kehabisan wang untuk meneruskan projek,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



-Utusan Malaysia Online



TP - Mana KERAjaan yang selama ni dok habaq "prihatin" dan sentiasa "membela" bangsa melayu???



Kah kah kah kah kah ... buta-buta la hangpa kene kelentong dekat KERA-KERAjaan tuh... mana la depa nak prihatin... berapa % hangpa nak huluq??? tak huluq??? kalau tak huluq... alamat dia, pi mampuih la hangpa...



Depa tengah bizi tuh... tengah kawtim ngan Temasek pasai Temasek boleh bagi banyak % dekat depa...



Masyuuuuuuuuukkk...!!!



Pangkah la lagi "pembela" hangpa tuh...



Khak Ptuih..!

No comments: