"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 29, 2008

No Komen..!

Imej besar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menimbulkan kontroversi, akan diruntuhkan awal bulan depan jika permohonan mereka melanjutkan tempoh penegakannya tidak diluluskan.

TP - No komen...

"Permit tamat 4 November ini. Kita ingat mahu minta sambung (kelulusan). Tetapi kalau tidak dapat, tidak mengapalah, saya turunkanlah," kata pengelola projek itu R Viriya kepada Malaysiakini hari ini.

TP - No komen...

Tambahnya, beliau berharap dapat mengekalkan imej setinggi 12.2 meter tersebut di satu simpang dekat Wisma Keringat untuk tempoh kira-kira dua bulan lagi sehingga sambutan hari natal dan tahun baru.

TP - No komen...

poster gergasi anwar ibrahim batu caves 061008Ekoran itu, kata Viriya, beliau bercadang menemui wakil rakyat Batu Caves, Amiruddin Shari bagi mendapatkan pandangan beliau.

TP - No komen...

Bagaimanapun, tambahnya, permohonan baru untuk melanjutkan tempoh belum dibuat kepada pihak berkenaan Majlis Perbandaran Selayang.

TP - No komen...

"Mungkin dalam dua hari lagi (akan memohon)," kata Viriya yang juga timbalan pengerusi persatuan penduduk Kampung Indian Settlement dekat situ.

TP - No komen...

Penegakan imej itu genap sebulan lalu mula mencetuskan kontroversi apabila mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin awal bulan lalu dilaporkan mendakwa imej itu "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

TP - No komen...

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Amiruddin, yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), yang menjelaskan “tidak pernah wujud aktiviti keberhalaan di tempat itu”.

TP - No komen...

Viriya sebelum ini berkata, penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu.

TP - No komen...

Katanya, patung berharga RM5,000 itu yang dibina sempena sambutan hari raya awal bulan ini dan Deepavali semalam.

TP - No komen...

Pemuda PAS Selangor bagaimanapun menafikan imej gergasi itu termasuk dalam kategori patung yang diharamkan dalam ajaran Islam.

TP - No komen...

Patung ini dibina atas menggunakan duit sumbangan masyarakat setempat.

TP - No komen...

p/s - no komen...

4 comments:

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

hang sampai tak terkomen ekk...

ok la tu..NO KOMEN..!!komen lebih2 kang ada yg pedih tinger..

wallahualam..

Anonymous said...

hehe.. kelakar la u all. baguih la tak komen. kang panjang cita lagi yer. ya tak kawan2.

- SDBC team.

Unknown said...

Kenapa nak kecoh????
Tu kan gambaq saja...bukan patong macam tugu negara tu...Itu yang kena dirobohkan dulu...lagi pu semuanya muka mat saleh...muka penjajah...mana ada macam muka orang umno pun...tak dak..

azreen said...

apela cetek sgt semua orang-orang tua kat sini.. banyak lagi yang boleh dibuat dengan duit yang digunakan untuk buat "gambaq" Bro.Anwar.Bin.Ibrahim (B.A.B.I)


hidup itu biarlah berprinsip jgn suka nk bandingkan perbuatan diri sendiri dgn perbuatan org lain.