"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 06, 2008

2 ahli Geng Ah Took ditembak mati

KAJANG 5 Nov. – Dua termasuk wanita yang merupakan ketua Geng Ah Took iaitu kumpulan samun bersenjata api dan curi kenderaan mewah paling dikehendaki, ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Kondominium Green Arce, Sungai Long di sini awal pagi ini.



Seorang pegawai polis, Cif Inspektor Ng Wai Leong dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur turut cedera parah akibat terkena dua das tembakan di kaki dalam serbuan kira-kira pukul 3 pagi itu.



Kedua-dua suspek yang ditembak mati ialah ketua geng tersebut, Wong Sau Lai, 20, atau lebih dikenali sebagai Ah Moon dan rakan lelakinya, Goh Kian Chai, 40, atau dikenali sebagai Ah Took.



Turut dirampas bersama suspek ialah dua pucuk pistol jenis revolver 0.38 milimeter dan jenis Ruger P89, beberapa bilah kapak, parang serta pisau, pelbagai jenis kunci kereta mewah dan cukai jalan palsu.



Selain itu, sebuah kereta mewah curi jenis BMW yang digunakan oleh kedua-dua suspek turut dirampas.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Zinin dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini berkata, operasi itu melibatkan enam anggota dan pegawai dari D9 IPK Kuala Lumpur.



Menurutnya, pasukan itu menjejaki ‘sarang’ geng berkenaan tiga bulan lalu dan telah berjaya menahan seorang ahli kumpulan tersebut kira-kira dua minggu lepas yang membawa kepada serbuan hari ini.



Katanya, semasa serbuan dilakukan dan proses meminta menyerah diri, penjenayah itu melepaskan dua das tembakan yang terkena betis kiri dan kanan seorang pegawai polis.



“Dalam kejadian nekad oleh kedua-dua ahli geng tersebut, polis terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini terhadap anggota yang lain.



“Akibat tembakan itu, kedua-dua suspek mati di tempat kejadian,” katanya.



Mohd. Bakri berkata, berikutan kejayaan menembak mati penjenayah itu dalam operasi hari ini, polis percaya telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 24 kes samun kenderaan mewah bersenjata api di Kuala Lumpur dan Selangor sejak setahun lalu melibatkan nilai kira-kira RM3 juta.

1 comment:

Anonymous said...

Syabas kepada pihak berkuasa polis kerana berjaya selesaikan 24 kes samun kenderaan meawh yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut. Setidak-tidaknya ia dapat mengurangkan kadar jenayah di negara kita...