"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 06, 2008

Jurugambar ditahan reman

Seorang jurugambar akhbar harian berbahasa Tamil ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes panggilan bom di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 31 Oktober lalu.

Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan polis semalam di kediamannya di Jalan Klang Lama, kira-kira jam 8.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Samah Mat ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara tersebut dan berkata lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri.

"Polis menahan jurugambar itu hanya untuk membantu siasatan berhubung panggilan bom palsu itu. Siasatan awal mendapati SMS awal mengenai penemuan bom itu datang dari nombor telefon bimbitnya," katanya.

Apebende pulak la mamat ni... sat ni jangan terkejut kalau mamat ni dikaitkan dengan HINDRAF... jangan terkejut pulak kalau-kalau nanti ada lagi tangkapan seterusnya...

Jangan tekejut tau..!

Malaysia ni "unik"... macam-macam boleh jadi - demi "kuasa".

2 comments:

Anonymous said...

Habis tu, dah jadi kes macam ni, takkan nak diamkan? Kalau dah ada bukti SMS awal tentang bom tu datang dari no handset dia, tahan jelah. Bukannya kena hukum terus. Kena siasat dulu... Rileks la bro.. Takkan semua tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dengan kerajaan, semuanya nak dikritik? Taulah anti kerajaan... Bawa bertenang yek...

sumandak bayu said...

Salam Bro...

Ape nak takut Bro dah menjadi peraturan sape-sape yang berada di tempat kejadian pasti akan disiasat terlebih dahulu... ni lagi siap dengan pegang kamera...

Masa Sumandak jadi reporter pun kalo kebetulan kat tempat kejadian 'confirm' kena tahan untuk membantu siasatan.

Mentang-mentang la mamat tu orang India takkan Bro nak labelkan dia terus HINDRAF jan lah nak simbah minyak bila dah mula ada percikan api.... LU PIKIRLAH sendiri Bro....