"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 06, 2008

PKINK tak mampu sedia kos laksana projek di Mukim Apam, Pasir Mas

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) memerlukan peruntukan RM13 juta bagi membangunkan Taman Halal (Halal Park) kedua di negeri ini yang dirancangnya bertempat di Mukim Apam dekat Pasir Mas.

Ketua Eksekutifnya, Wan Yahya Wan Salleh, berkata projek yang dirancang atas tapak seluas 20 hektar itu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu memandang kos melebihi daripada kemampuan agensi terbabit.

"Projek terbabit sebenarnya sudah pun dikeluarkan tender, namun kos pembangunan yang agak tinggi menyebabkan PKINK terpaksa menilai semula walaupun setakat ini kerja meratakan tapak sudah selesai.

"Tapak itu dirancang untuk pembangunan lot industri, rumah kedai, pusat pengumpulan produk, dewan pameran, depot pengakutan dan sebagainya khusus bagi pengeluaran serta pemasaran produk halal di negeri ini.

"Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), PKINK menerima geran RM17 juta daripada Kerajaan Pusat dan kita sudah membelanjakan RM10.7 juta bagi membangunkan Halal Park Pengkalan Chepa. Baki RM6.3 juta tidak mencukupi untuk membina Halal Park kedua itu," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melawat tapak usahawan di Halal Park Pengkalan Chepa. Hadir sama Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi dan pemasaran) PKINK, Mohamad Alwi Ya dan Pengarah Urusan Muslim Best, Sheikh Ahmad Dusuki serta sembilan vendor yang menyertai program pengeluaran makanan halal di taman itu.

Wan Yahya berkata, kos bagi pembinaan Halal Park kedua itu terlalu mahal dan sukar dilaksanakan jika tidak mendapat bantuan Kerajaan Pusat. dan PKINK akan memohon peruntukkan tambahan sekiranya projek pertama ini mencapai kejayaan.

"Namun demikian, kerja-kerja pembangunan infrastruktur seperti longkang, jalan, paip, pembetong dan penambunan tanah masih belum dapat dimulakan kerana baki yang masih ada tidak mencukupi. Peruntukan tambahan RM10 juta diperlukan bagi menyiapkan fasa satu taman itu.

"Permohonan peruntukan tambahan sudah dibuat melalui kajian separuh penggal RMK-9, tetapi tidak diperakukan kementerian. Berdasarkan perkembangan semasa, PKINK terpaksa mengubahsuai perancangan awal untuk meneruskan projek terbabit dengan skala kecil atau berperingkat," katanya.

Katanya, ruang kilang Halal Park Pengkalan Chepa disertai oleh sembilan Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera dengan kadar sewa 35 sen bagi satu kaki persegi.

"Bagi memastikan produk Halal Park Pengkalan Chepa tidak berdepan sebarang masalah untuk memasuki pasaran antarabangsa, kita wujudkan sekretariat khusus bagi memantau pengeluaran produk supaya mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP).

"Ketika ini, menerusi sistem anchor yang dilaksanakan, syarikat yang menyertai taman ini, berhasil mengekport antara dua hingga lima kontena kerepek pisang dan ubi kayu ke pasaran United Kingdom yang dipasar atas nama Eastgreen," katanya.

No comments: