"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 06, 2008

Hujan Lebat, Cuaca Dingin Di Madinah

MADINAH, 6 Nov (Bernama) -- Bandar ini, di mana puluhan ribu jemaah haji sedang berkumpul, dicurahi hujan lebat selama 30 minit lewat Selasa petang, disambut gembira penduduk tempatan setelah lebih setahun tidak menikmati hujan.

Suhu di bandar bersejarah di mana terdapat Tanah Haram yang menempatkan Masjid Nabi, jatuh ke paras di bawah 20 selsius terutama pada waktu malam dan subuh apabila cuaca berangin.

"Sudah tentu kami gembira kerana sudah setahun lebih tidak melihat hujan. Ini rahmat Allah," kata seorang peniaga di kompleks sebuah hotel di sini yang menempatkan jemaah haji dari Malaysia.

"Suhu begini tentulah nyaman untuk jemaah haji beribadah sambil menziarahi makam Rasullulah," katannya sambil menunjukkan alat pengukur suhu pada dinding kedainya mencatatkan 19 darjah selsius.

Walaupun cuaca mendung dan berawan sejak hujung minggu, suasana di sekeliling Masjid Nabawi yang menempatkan hotel dan rumah penginapan serta kompleks komersil untuk keperluan jemaah haji, cuaca itu dialu-alukan kerana udaranya nyaman dan suasana amat ceria bagi jemaah bersiar-siar, makan minum di antara waktu-waktu solat fardhu.

Cuaca hari Rabu terus mendung dan berawan dan pada sebelah petang, hujan turun lagi tetapi tidak selebat hari Selasa.

Jemaah haji Malaysia nampaknya membuat persediaan untuk cuaca sejuk dengan memakai pakaian panas seperti dinasihatkan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia Haji Mohd Salleh Mubin sebelum ini.

Orang Islam yang melakukan rukun kelima Islam itu digalakkan menziarah makam Nabi Muhammad s.a.w dan mengerjakan solat fardhu sekurang-kurangnya 40 waktu di Masjid Nabawi, yang menurut para ulama menjadi medan persediaan rohani dan jasmani untuk mengerjakan haji di Tanah Suci.

Puluhan ribu jemaah haji termasuk dari Malaysia mulai membanjiri bandar ini sejak hujung minggu lalu di samping melakukan ibadat di Masjid Nabawi, menziarahi makam Nabi Muhammad s.a.w, perkuburan Bakek di mana bersemadi para sahabat Nabi termasuk tiga Khulafa Al Rashidin dalam Islam iaitu Saidiina Abu Bakar, Saiidina Omar Al Khatab dan Uthman Ibnu Affan.

Kesemua jemaah haji dari Malaysia yang tiba dengan penerbangan awal sejak Khamis lalu, masuk menerusi bandar ini berkesempatan tinggal selama sembilan hari di sini bagi melakukan ibadat serta menziarahi tempat-tempat suci termasuk Masjid Qubaa, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh serta Bukit Uhud yang pernah menjadi medan peperangan antara pengikut Rasulullah dan orang kafir.

Menurut jurucakap Tabung Haji Malaysia, Jemaah haji Malaysia yang tiba awal, bermula dengan penerbangan KT01 pada Khamis lalu dijadual berangkat sebagai kumpulan jemaah Malaysia pertama masuk ke Kota Suci Mekah hujung minggu ini.

Mereka akan melakukan ibadat umrah sementara menunggu untuk mengerjakan rukun-rukun haji termasuk tawaf sekeliling Kaabah di Masjidil Haram, melakukan sai di antara bukit Safa dan Marwah dan wukuf di Padang Arafah pada awal bulan depan.

Menurutnya, jemaah haji Malaysia yang berada di sini berada dalam keadaan baik dan sihat dan giat melakukan ibadah di Masjid Nabawi.

1 comment:

Anonymous said...

Salam...
Inilah tanda kekuasaan Allah yang Maha Penyayang, menyayangi hamba-hambaNya yang ikhlas menjadi tetamu istimewa Allah dan penduduk di sana pada musim haji kali ini...Alhamdulillah. Dengan rahmat Allah ini, maka dapatlah umat Islam mengerjakan haji dengan jaya dan tenang walaupun hujan lebat...