"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 06, 2008

Malaysiakini - Najib "Pinocchio"

Yang ni laporan berita dari bernama bertajuk Kerajaan Yakin Malaysia Tidak Akan Mengalami Kemelesetan Ekonomi Teknikal Tahun Hadapan, Najib 05 November, 2008 13:14 PM ringkasan laporannya - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata penambahan RM7 bilion yang diumumkan semalam mencukupi untuk Malaysia mencapai pertumbuhan 3.5 peratus dan pada masa yang sama mengekalkan defisit fiskal pada tahap 4.8 peratus.

"Penambahan RM7 bilion amat sesuai sebab kita tidak mahu defisit kerajaan terlalu tinggi, walau pun kita ada kemampuan untuk tambah peruntukan," katanya kepada pemberita selepas wawancara khas "Rancangan Khas Pelan Penstabilan Ekonomi" bersama RTM di sini.

"Saya dah kata...ini (tambahan kepada bajet) bukan kali terakhir, kita tak perlu tunggu masa belanjawan kerana kita menghadapi keadaan yang luar biasa," katanya, apabila ditanya mengenai sama ada terdapat sebarang tambahan seterusnya rangsangan pada pelan penstabilan ekonomi seperti yang diumumkannya pada Selasa.


Berita hari ni pulak 05 November, 2008 23:47 PM dari sumber yang sama dan jugak kenyataan dari individu yang sama bertajuk Najib Minta Rakyat Bersedia Hadapi Masa Sukar Tahun Depan ringkasannya - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat bersedia untuk menghadapi masa yang lebih sukar tahun hadapan.

"Susah saya nak buat pandangan, saya tidak ada bola kristal (untuk meramal) tapi kita telah beritahu rakyat bahawa tahun depan tidak sebaik tahun ini.


Dah aku pulak yang pening... semalam cakap "Yakin tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal"... hari ni pulak suruh "bersedia hadapi masa sukar"... dah ni apa punya masalah teknikal pulak ni?

Belum masuk tahun 2009, bakal Pi Em sendiri dah ada masalah teknikal... esok dah jadi Pi Em macam mana la agaknya..?

Penyakit putar alam nampaknya memang dah tak boleh nak kikis dah dari diri bakal Pi Em ni... betul jugak orang-orang "veteran" cakap... anjing... kalau dah biase hidu taik, macam mana pun mesti nak hidu jugak...

Sebelum PRU12 Mat Bijan cakap harga minyak tak naik lepas PRU12... tau-tau...melantun sampai 78sen sekali naik... tu belit awal Mat Bijan... Kat situ dah nampak dah tokoh sebagai "perancang ekonomi"... bacaan Mat Bijan "jauh tersasar" dari apa yang berlaku... bukan sipi-sipi... tapi lari terusss...

Nampak sangat tak de kreadibiliti dalam bidang ekonomi... tu satu contoh yang kita kena renung.

Masa kecoh isu Saiful mengaku kena liwat dekat Anwar pulak, Mat Bijan cakap tak kenal si Saiful dan tak pernah jumpa pun si Saiful... tau-tau keluar la pulak gambar si Saiful dekat pejabat Mat Bijan... keluar la pulak statement "pinokiyo"... kata "pinokiyo" - owh... baru saya teringat... si Saiful datang pejabat saya mintak sokongan untuk biasiswa awal tahun dulu...

Keluar pulak tarikh gambar tu diambik... Mat Bijan gelabah lagi... keluar lagi satu statement "pinokiyo"... "pinokiyo" cakap Saiful datang mengadu masalah dekat Mat Bijan... tangan Saiful sejuk... Saiful cakap dia kene "anu" dekat si "anu"... kenal pulak aih...

Pulak dah... yang ni pun nak kene renung jugak...

Tahap mana la personaliti bakal Pi Em ni...

Bagi aku, tahap "pinokiyo" je... sebab kalau menipu... nampak sangat...

Bodo punya bakal Pi Em..!

1 comment:

Anonymous said...

Topeng Perak...
Nampak gayanya bakal PM ni dah mula bercakap seperti Pak Lah berdolak dalik...Sekejap keluarkan berita gembira sekejap lagi keluarkan berita sedih, lepas tu keluar cerita seram...

Bagaimana orang Umno boleh lantik orang ini jadi menteri kewangan, presiden dan perdana menteri malaysia...?

Mungkin orang Umno tidak kisah apa yang sedang berlaku dalam negara masakini....? Masaalah kos sara hidup yang membebankan sekarang tanggongjawab pihak parti pembangkang yang uruskan...? Biarkan ahli pembangkang yang terpekik terlolong minta kerajaan turunkan harga barang makanan atau sebagainya...lepas tu tumpang semangkok...?

Malang sungguh rakyat malaysia jika ahli UMNO hanya pentingkan diri sendiri saja...