"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 04, 2008

Betulke PKNS Bantu Orang Melayu?

Punyalah heboh satu kampung kononnya MB Selangor sudah khianat pada orang Melayu kerana sudah melantik Madam Low sebagai Pengurus Besar PKNS. Saya telah merujuk kepada kawan saya yang bekerja di pejabat Menteri Besar Selangor untuk mendapat maklumat yang lebih tepat.

Rupanya selama ini PKNS telah mendiskriminasi kontraktor Bumiputra. Misalnya, dalam projek pembangunan Kota Damansara, segala tempat yang bernilai tinggi, telah diberikan oleh PKNS kepada kontraktor bukan-bumiputra. Kontraktor Melayu hanya mendapat projek membina rumah murah dan projek bermasalah.

Semua ini berlaku semasa PKNS di"perintah" oleh Melayu dan kerajaan BN Selangor dipimpin oleh UMNO yang kononnya memperjuangkan hak Melayu. Hairannya, orang yang sama ini juga heboh satu negeri membantah perlantikan Madam Low tetapi membisu seribu bahasa apabila kontraktor Bumiputra didiskriminasi oleh PKNS.

Wahai Khir Toyo, Satim Diman, Rahman Palil, Bushra Mat Johor dsbnya, mana suara kamu semasa kontraktor Melayu didiskriminasi oleh PKNS semasa projek pembangunan PKNS?

Malahan mengikut sumber saya yang lain, 75% kontraktor PKNS adalah dari kalangan bukan Bumiputra. Saya berpendapat, di bawah Madam Low, kontraktor Bumiputra akan lebih terbela dan akan berjaya mendapat bahagian yang lebih besar berbanding di bawah orang Melayu.

Tan Sri Khalid setuju melantik Madam Low kerana sewaktu Tan Sri bermesyurat dengan "kepimpinan" PKNS, hanya Madam Low sahaja yang berani menjawab soalan2 beliau. Ahli Lembaga Pengarah yang lain semuanya membisu seribu bahasa. Juga, Tan Sri berkata bahawa hanya Madam Low tidak mempunyai apa2 kepentingan dalam anak-anak syarikat PKNS.

Dengan kata lain, hanya Madam Low sahaja yang dapat menyakinkan Tan Sri Khalid akan kebersihan beliau.

Sekiranya PKNS bersih dan amanah, nescaya harga rumah di Selangor berada 30% di bawah nilai yang ada sekarang.

Malangnya PKNS digunakan untuk mengayakan pimpinan2 UMNO Putra dengan bantuan kontraktor2 bukan bumiputra. Orang Melayu di Selangor secara umum hanya mampu dapat sekam sahaja. Orang lain yang dapat makan beras.

-Tulang Besi

3 comments:

goddamn those who should b damn said...

lu cakap bohong,tolong tunjukan bukti yg pkns dulu x tolong melayu, itulah dalih yg akan diberikan oleh puaka2 umnoharamjadah.

umnoharamjadah,lu mmg haramjadah.

melayu bohdoh sj lu boleh tipu.

Anonymous said...

Sekarang baru tahu bahawa orang yang bersuara membantah itu ada kaitan dengan penyelewengan. Patutlah ahli Umno Selangor beriya-iya benar membantah perlantikan Madam Low. Rupanya nak tutup pekong didada....

Diharapkan MB selangor terus bongkar penyelewengan pentadbiran dulu.

Anonymous said...

Jika ada penyelewengan dalam PKNS
sebelum ini, tolong kemukakan bukti yang sahih. Jangan main hentam je. Mentang-mentanglah anti kerajaan... Tapi jika benar ada penyelewengan, dan ada bukti kukuh maka sama-samalah kita kutuk dan hentam Khir Toyo...