"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 04, 2008

Malaysiakini - RTM Telus???

Kata Mat Shaberry - Isu Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan pandangan atau kritikan anggota Parlimen pembangkang terhadap kerajaan sebenarnya tidak timbul langsung.

Kata aku pulak, memang la tak timbul langsung sebab selama ni Radio Televisyen Malaysia (RTM) tak pernah siarkan semua tu.kalau yang disiarkan pun, semuanya dah diedit supaya kenyataan tu jadik "kenyataan jahat".

Yang dipersoalkan ialah ketelusan RTM dalam menyiarkan apa-apa laporan dari pihak pembangkang sebab apa yang berlaku selama ini ialah setiap laporan dari pihak pembangkang selalunya diputar belit oleh pihak editor penyiaran.

Bial dah diedit setiap rakaman dan ucapan maka yang keluarnya ialah "filem" dan bukannya laporan berita.layaknya dipanggil "filem" sebab berita yang keluar diedit supaya akan menimbulkan ketidak stabilan politik ataupun hanya akan menguntungkan pihak KERAjaan yang memerintah.

Diedit sebegitu rupa supaya ianya menjadi isu bagi pihak KERAjaan yang memerintah mengkudakan kenyataan yang diedit dengan niat memburukkan parti pembangkang.

Bagi pihak KERAjaan yang memerintah pulak kebanyakan yang disiarkan hanya yang bagus-bagus sahaja seolahnya parti yang membentuk KERAjaan pusat ialah satu parti yang "maksum" dan tidak pernah membuat silap.

Kalau ada isu-isu panas dari pihak KERAjaan memang ada disiarkan dalam RTM itupun setelah tak upaya lagi nak tutup.dalam hal ni jugak RTM tak pernah bersikap "neutral".setiap komen yang disiarkan semuanya yang "memuji" KERAjaan.nak cakap kenyataan yang kondem pun disiarkan oleh RTM?boleh belah la...aku cabar sape-sape yang buktikan yang RTM pernah siarkan kenyataan yang hentam KERAjaan.

Tak payah ambik banyak contoh la...kita ambik contoh isu ladang khinxir moden dulu.berapa banyak kenyataan yang tak menyebelahi KERAjaan yang RTM siarkan?tak dak langsung...!!!tapi kalau bukak berita BERNAMA baru kita tau bahawa ada jugak suara-suara yang menyokong keputusan kerajaan negeri Selangor.

RTM? Radio Televisyen MENIPU...!!!

3 comments:

Anonymous said...

TP - Perisik Rakyat...
RTM adalah salah satu senjata kerajaan yang memerintah. Digunakan untuk kepentingan kerajaan dan ahli-ahlinya saja. Kalau menteri penerangan berkata RTM bersikap adil terhadap beritanya, itu adalah adil pada pihaknya saja tidak pada pembangkang.

Apakah anda masih mahu merayu supaya RTM bersikap adil terhadap pembangkang...? Buang masa saja...

Anda mesti fikirkan atau cadangkan bagaimana pihak pembangkang boleh mengujudkan satu media yang boleh menyaingi RTM, Utusan, TV3 dan sebagainya.

Jangan kutuk RTM kerana didalamnya ramai orang tua....

Unknown said...

Adakah kerana ada orang tua ..kita tak boleh tegur..???TAK BOLEH KUTUK..???Kalau dah tua tapi dok pi dangdut lagi tu lagu mana..???Nak biaq saja...???Akai ada ka..???Haaa>>?

Anonymous said...

Sekarang ni kerajaan BN yang memerintah, sudah semestinya siaran media seperti RTM dan TV3 dikuasai oleh kerajaan. Jika kerajaan pembangkang memerintah, sudah pasti perkara yang sama akan berlaku...