ALOR STAR, 18 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan konsep perbelanjaan berhemah oleh kerajaan Kedah dengan mengurangkan perbelanjaan pembangunan dan mengurus masing-masing sebanyak 30 dan 10 peratus, menyebabkan defisit pada bajet negeri bagi 2009 turun pada kadar 3.5 peratus.
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yakin langkah mengurangkan perbelanjaan itu tidak akan menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri.
"Walaupun perbelanjaan meningkat setiap tahun, beta dapati kerajaan dapat mengimbangkan perbelanjaan dengan hasil," titah baginda semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Menurut baginda keyakinan pelabur terhadap Kedah adalah menggalakkan berdasarkan pelaburan sektor pembuatan bernilai RM2.3 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, tidak termasuk kelulusan US$7 bilion untuk projek penapisan petroleum di Yan.
"Usaha menaik taraf infrastruktur seperti jalan, bekalan air, telekomunikasi, tempat pelancongan serta kebersihan di kawasan industri perlu diteruskan supaya Kedah terus menjadi tarikan pelaburan asing dan pelancongan," tambah baginda.
Sultan Kedah yakin program Tahun Melawat Kedah 2008 yang dilanjutkan sehingga 2009 akan berjaya menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa ke negeri itu.
Baginda bagaimanapun bimbang dengan kes juvana yang meningkat kepada 862 kes pada tahun lepas berbanding 432 kes pada 2006.
Mengenai kemiskinan, Sultan Kedah berharap matlamat menghapuskan kemiskinan tegar melalui program E-Sinar pada 2010 akan tercapai.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment