Pakatan Rakyat, ikatan pembangkang yang ditubuhkan April lalu, mengadakan retreat - yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12, di ibu negara hari ini.
Pertemuan informal itu yang disertai ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antara lain bertujuan membincangkan usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat pembangkang.
Ia merupakan siri pertemuan dua kali. Pertemuan kedua dijadual diadakan minggu depan.
"Pertemuan hari ini adalah retreat yang pertama sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang... mahu adakan group binding, bertujuan merapatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat," kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution.
Saifuddin yang juga anggota Sekretariat Pakatan Rakyat berkata, majoriti ahli Parlimen pembangkang akan menghadiri pertemuan hari ini.
"Kira-kira 10 ahli Parlimen tidak dapat hadir hari ini, ada yang kini berada di luar negara.. di Kuwait, Paris dan sebagainya," katanya.
Anggota komponen Pakatan Rakyat kini terdiri daripada PKR, DAP dan PAS melibatkan 81 anggota.
PKR mempunyai 31 anggota di Dewan Rakyat, DAP (28) dan PAS pula 22.
Kini, Barisan Nasional (BN) mempunyai 138 kerusi. Tiga lagi kerusi adalah milik Bebas termasuk dua yang dipegang Parti Maju Sabah (Sapp).
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pertemuan peringkat Pakatan Rakyat ini adalah susulan retreat yang diadakan PAS di Langkawi dua minggu lalu dan PKR di ibu negara minggu lalu.
"Ini retreat peringkat Pakatan Rakyat, melibatkan ahli-ahli Parlimen," katanya.
Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada pertemuan hari ini akan membincangkan aspek-aspek berbangkit, yang berkaitan dengan soal sasaran menubuhkan kerajaan persekutuan yang tidak menjadi kenyataan 16 September lalu.
"Itu saya tidak mahu saya sebut," katanya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kenapa DSAI tak mahu sebut pasal kegagalan 16 September? Malu ke? Itulah. Masa cakap pasal 16 September dulu berapi-api sangat. Bila dah tak jadi, tak mahu sebut pula... Kelentonglah lu...
Post a Comment