"Assalamualaikum..boleh bercakap dengan saudara Rashidi?" "Waalaikumsalam..ya Rashidi bercakap."
"Saya kawan lama, Mohd xxxx dari Alor Star, saya ni duk selalu baca Harakah, tengok kawan ada, kita cari no telefon mai" katanya.
"Oh, ya..sahabat lama, bukan ke saudara Pemuda Umno Bahagian xxxxxxx? Awat tetiba cari orang PAS ni?" Soal penulis.
"Kami pun baca Harakah juga..la ni kalu nak tau hal dalaman Umno kena baca Harakah, surat habaq yang ada, bukan buleh pecaya, depa tulis hak elok saja," katanya.
"Ha baguih la...hang pun baca gak, so apa cerita?"
"Hang free malam ni? La..saya di KL ni, kita jumpa di Hotel xxxxx, jam 10 malam."
"Ok, insya Allah, nanti kita berhubung semula," jawab penulis.
Pemanggil merupakan rakan lama penulis, barangkali 10 tahun tidak bertemu. Tetapi perkembangan beliau diketahui menerusi penglibatan aktif beliau dalam Umno sejak di kolej lagi.
Di pendekkan cerita, sesi minum kopi yang beliau aturkan berlangsung di sebuah hotel mewah di ibu kota. Biasalah orang-orang Umno, suka melepak di coffee house. Pertemuan tersebut turut disertai beberapa rakan Umno, yang datangnya dari lain-lain negeri.
Penulis dikenalkan dengan seorang demi seorang. Ada yang biasa berjumpa di Parlimen. Mereka kebanyakannya tidak mempunyai kerja yang tetap, tetapi hidup dengan 'mencari makan' dengan menemui dan melobi pemimpin-pemimpin.
"Bukan ke PM dah suruh korang (pelobi) balik ke bahagian masing-masing?", Soal penulis kepada mereka.
"Aah...siapa nak dengar cakap PM, dia pun dah nak 'out'," sampuk seorang rakan spontan.
"PM cakap saja, orang-orang dia pun banyak berkeliaran melobi di hotel-hotel, banyak tempat ada," ujar yang lain.
"Aiik...dah nak berhenti pun ada melobi lagi ke?" Soal penulis.
"Ada, beberapa orang Setpol tengah rancak buat kerja, depa nak masukkan Ali (Mohd Ali Rustam) dengan Mat Taib (Muhammad Muhd Taib), tanding Timbalan."
"Awat PM tak suka Muhyiddin ka, bukan ke dia macam nak menang tak bertanding?" Tanya penulis.
"Takat ni macam tu lah, bukan apa Muhyiddin ni celupar sangat, dia lah antara yang bagi PM jatuh awal.
"Bahagian saya dah calon Muhyiddin (Muhyiddin Yassin), tapi buat apa bagi menang tak bertanding, sebab itu kami mai sini sebab kami nak bawa (kempen) Ali dengan Mat Taib," kata kawan saya.
"Berapa ramai hang nak bawa? Mana satu hang nak kempen jadi Timbalan?" soal penulis lagi.
"Ni lah hebatnya orang-orang Umno, lagi ramai boleh tanding lagi baik, lagi banyak 'masyuuukk' (dapat duit), kalu dia menang tak bertanding, rugi la, apa pun tak dapat," ujar yang lain.
Dalam pertemuan yang berlangsung lebih tiga jam itu, berbagai cerita-cerita politik diborakkan. Bergelas-gelas kopi dan teh tarik bersilih ganti.
Dari gambaran yang diberikan, memang mereka menanti-nanti pertandingan tiga penjuru bagi jawatan tertinggi kerana mereka mengharapkan tiga M (Muhyiddin, Mohd Ali dan Muhammad Taib) akan memberikan 'durian runtuh' kepada perwakilan.
Pada mereka, jika ada mana-mana calon yang kedekut, nescaya calon tersebut akan ketinggalan di belakang.
"Kalau nak tengok di kalangan tiga-tiga calon memang Muhyiddin ada wibawa, Ali tak berapa reti bercakap, Mat Taib banyak skandalnya.
"Tapi Ali dan Mat Taib 'pemurah', Muhyiddin ni macam 'kedekut' je, payah la dia," kata seorang pelobi.
Bagi mereka politik wang bukan suatu rahsia yang tersembunyi lagi. Hampir semua calon menggunakan wang untuk berkempen, sama ada untuk kegunaan petugas, pelobi atau perwakilan.
Orang-orang Umno, nampaknya sudah immune (lali) dengan politik wang. Politik wang sudah menjadi sebahagian daripada cara mereka berpolitik dan memilih ketua.
Seolah-olahnya 'wang' merupakan kertas undi paling utama di luar 'ballot box' pada setiap kali pemilihan.
"Eh korang tak takut ke BPR, bukan ke Lembaga Disiplin Umno sudah berunding dengan BPR," tanya penulis.
"Ahh, BPR pun bukan boleh buat apa. Jumpa jumpa tu semuanya 'wayang' je, kalau nak kira ramai mana orang Umno yang kena dakwa BPR kerana main politik wang? Habuk pun tarak," ujar rakan, dengan muka selamba.
Apa pun, pertemuan malam itu berlangsung lebih tiga jam. Tiada kata sepakat, tiada persetujuan apa-apa. Ianya sekadar 'bualan kosong' yang semakin menunjukkan betapa parahnya Umno pada waktu dulu, kini dan selamanya.
No comments:
Post a Comment