"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 18, 2008

Monolog Najib darihal tawakal

Najib membuka helaian akhbar sehelai demi sehelai. Bebola mata keranjangnya itu tidak pernah menghalangnya melihat berita-berita baru. Lalu, dia terpandang satu laporan yang menarik. Dia kini sedang bertamrin dan Lebai Lah pula sedang berceramah.

Sarawak Adalah Kunci Kerajaan PKR, Kata Anwar


SIBU, 16 Nov (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sarawak, yang mempunyai 30 anggota Parlimen adalah kunci kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negara ini.


"Apabila Sarawak mengubah haluannya, kerajaan Barisan Nasional akan runtuh," katanya pada majlis makan malam anjuran "Friends of PKR" di Pusat Perdagangan dan Pameran Sibu di sini malam tadi.


Beliau berkata pemimpin dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dari DAP dan diri beliau dan isternya akan terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan anggota Parlimen BN untuk memujuk mereka supaya berpaling tadah menyertai mereka.


Kira-kira 3,000 tetamu hadir pada majlis itu, yang terbesar setakat ini bagi majlis PKR di sini.


Mereka yang hadir termasuk Naib Presiden PKR Datuk Seri Dr Jeffery Kitinggan, Ketua DAP Sarawak Wong Ho Leng, bekas anggota Parlimen Sri Aman Jimmy Donald, dan Baginda Minda, bekas ketua publisiti Parti Rakyat Sarawak cawangan Balleh, yang mencetuskan isu dengan kenyataannya mendakwa parti BN negeri yang dominan, Pesaka Bumiputera Bersatu, suka membuli.


Pada majlis itu, Anwar menerima borang permohonan keanggotaan daripada Gabriel Adit Demong, seorang daripada dua anggota Dewan Undangan Negeri Bebas dan daripada 11,752 individu dari seluruh negeri.


Anwar berkata rakyat Sarawak kini sudah bersedia bagi perubahan, menyatakan Adit telah menawarkan diri untuk mengetuai kempen menarik keanggotaan bagi Pakatan Rakyat.


"Jangan terkejut jika apa yang berlaku di lima negeri di Semenanjung dalam pilihan raya umum Mac lepas akan berlaku di sini," katanya dan menurutnya Pakatan Rakyat sudah membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang.


Beliau juga mendakwa beberapa orang dari negeri itu telah datang berjumpa beliau menyatakan minat untuk menyertai PKR.


Sementara itu, Adit berkata banyak anggota BN sedang "menunggu masa" untuk menyertainya dan keputusannya untuk menyertai PKR " adalah yang pertama daripada banyak ansuran" dalam beberapa bulan akan datang."


Apa-apa pun, pujukan ini akan terus berlaku. Berjaya atau tidak, hal itu terserah kepada Tuhan. Sampailah satu keadaan, Najib tak berani mahu bercakap lebih-lebih, mendahului Tuhan, biarkan ia berlalu mengikut ketentuannya.

Apa yang penting kini, dunia yang kita huni sekarang ini kini sedang bergerak perlahan menuju perubahan. Kemenangan Obama itu antara tsunami di peringkat dunia. Beberapa pimpinan dunia telah jatuh dan tumbang.

Tahun 2012 titik permulaan?

Najib bermonolog sendirian. Musharraf di Pakistan telah tumbang, demikian yang terjadi di Thai mutakhir ini. Ramai peramal menyebutkan angka tahun 2012 adalah seperti titik awal, menuju ke arah gelombang perubahan itu.

Tetapi, mengambil sikap tunggu dan melihat bukan sikap pejuang. Seorang pejuang itu akan selalu bergerak, berusaha dan dinamik dalam melakukan perubahan. Selain itu, elok juga dikaji kisah lepas, guna mencari kekuatan baru pada masa hadapan.

Adapun kejayaan pada 8 Mac itu ia sebenarnya berikutan daripada keputusan rakyat yang tiada apa-apa kepentingan. Sebab itulah, Pakatan Rakyat menang dengan izin Tuhan.

Gelombang tsunami kedua berlaku di Permatang Pauh. Mereka juga adalah manusia yang tiada kepentingan. Rakyat menang kali kedua. Hal ini terjadi sekali lagi kerana perang itu disertai oleh rakyat biasa yang tiada kepentingan juga.

Tiba-tiba gelombang ketiga tidak terjadi. Badai 16 September kemudiannya surut, tenang serta tidak membuahkan apa-apa hasilnya. Ini kerana, yang berperang itu berdasar kepada perhatian Najib, adalah kalangan elit BN yang perlu berjihad, berperang dengan perasaan mereka sendiri. Demikian Najib bermonolog sendirian.

Mereka adalah 30 orang MP BN yang ada kepentingan politik! Kalau mereka ini pergi ke seberang, mungkin ada bahaya. Siapakah yang akan menjaga harta kekayaan mereka ini, kalau mereka tumbang? Dan, mungkinkah akan ada pertimbangan lain juga?

Tinjauan kacamata agama

Najib teringat pesan wasiat Lebai Abdullah al-Badawi al-Haj dari Mekah itu. Kata Lebai Lah, jika dilihat pada kaca mata agama, perlu dipersalahkan kepada rakyat juga.

"Tawakal rakyat mungkin sudah beralih kepada pimpinan politik dan bukan lagi kepada Allah. Kes ini mirip kepada Khalid bin Walid," kata Lebai Lah Badawi.

"Bagaimana tu pak ustaz?" tanya Najib. Ketika itu dia sedang bertamrin di Sg Merab.

Lebai Lah antara yang dijemput menyampaikan pengisian bertajuk "Islam Hadhari telah ditentang oleh Syed Qutb sejak dahulu lagi". Dalam kuliah, pengisian kedua, Najib akan menyampaikan pengisian "Melayu Glokal bercanggah dengan Ketuanan Melayu."

Pengisiannya Najib akan menyentuh soal kedudukan Dayak di Kalimantan Timur yang terkait dengan keturunan Mongolia. Kaum Dayak yang masuk Islam itu dikenali sebagai Banjar. Dan zuriat mereka juga tertumpah ke Sarawak, tempat di mana MP BN itu akan bertukar kiblat kesetiaan dan kompas wala' mereka dikatakan bakal beralih arah itu.

Najib selaku pemimpin pelajar UKM akan berceloteh sampai letih mengenai sirah kapal Raja Suran di hadapan kira-kira 100 anak didik usrah mereka. Samada mereka semua ini akan bersedia atau tidak menempuh pilihan raya kampus, itu soal lain.

Seekor cicak jatuh dari bumbung surau, lalu tertimpa di atas kepalanya. Dia pun tersedar daripada lamunannya yang panjang. Ceramah Lebai Lah terhenti seketika lantaran ramai muslimat yang tertawa gelihati melihat telatah Najib melatah yang bukan-bukan itu.

"Oh!.. Ziana Zain, Ziana Zain.. Oh, Port Dickson!..Port Dickson!..**#!$#!!," demikianlah latah Najib yang tak pernah sudah-sudah itu.

"Dah habis anta melatah Jib? Kesian..belum beruban lagi dah kuat melatah dah!" gurauan Lebai Lah itu disambut gelak ketawa ramai siswi. Najib tertunduk kemalu-maluan.

Lebai Lah pun meneruskan ceramahnya. "Baiklah, kita terus bicara soal tawakal di dalam pilihan raya. Tadi, kita berhenti tentang kisah perang Khalid bin al-Walid."

Perang demi perang yang ditempuhi, akhirnya menyebabkan kiblat tawakal dan kompas kesetiaan umat Islam pun mula terpusing 360 darjah kepada Khalid dan bukannya kepada Allah s.w.t lagi.

Lalu, Umar r.a melihat semua ini sebagai hal yang sangat membahayakan keimanan umat Islam. Maka Khalid diminta turun jawatannya sebagai kepala perang. Ada yang tak setuju dengan hal itu. Tetapi, Khalid tetap menerimanya dengan tenang.

"Moral daripada kisah ini ialah, kadang-kadang kita perlu melihat semula hal ini dengan panduan iman jua. Jangan tolak faktor Ketuhanan. Kemanusiaan seseorang pemimpin itu janganlah sampai mengatasi Ketuhanan Allah s.w.t," demikian pesan Lebai Lah.

Ya Najib pun marah kalau adik-adik baru ini selalu 'bertawakal' kepadanya. Pernah dalam suatu ceramah, Najib berkata lebih kurang, "Habis?.. Kalau ana tak ada di kampus, antum tak berjuanglah? Nak menyerah kalah terus kepada HEP, Umno dan Aspirasi?!"

"Kemudian, bila ana masuk balik kampus antum semua berehat.." Seolah-olah dalam hati Najib tersemat bicara halus yang terpendam lama. Apa?? Dia seorang sajakah yang perlu bekerja?! Dia seorang sajakah yang perlu menjadi ideolog?

Kaki demo memanglah ramai. Kaki demo mana pi habis semuanya? Nak berdemo bukan payah sangat. Tutup muka kalau tak mahu gambarnya diambil SB kampus. Tetapi, usaha untuk mewajahkan gerakan itu dengan idea-idea baru yang segar, bukan kaki demo yang boleh lakukan semua ini. Ali Shari'ati punya susu, Imam Khomeini yang dapat nama!

Siapa yang merumuskan idea-idea Rausyan Fikr, menanam benih memupuk baja ke atas semua ini? Shari'ati dahulu. Demo dan gerakan massa tibanya kemudian. Siapakah yang menggerakkan Bersih dahulu ketika jadual pimpinan menunjukkan mereka ada acara luar negara? Ini semua sudah terjawab. Kaum penulis, ideolog adalah peneraju, mereka bukan pengikut. Idea-idea mereka diikuti, tetapi akhirnya mereka akan dilupai.

Najib menghamburkan kemarahan begini bukannya apa. Sebab, pernah terdengar pelajar-pelajar di universiti kerap bertanya, "Err.. Bung Jib.. bila agaknya MP BN tu nak lompat? Dah tak sabar dah ana nak balas dendam kat HEP dan Aspirasi ni!"

Kalau begini, Najib memang naik syekh! Masih ada tawakal lagi mereka kepada PR. Dia bukan nak dabik dada. Ketika di bangku kuliah, dia kuburkan tawakalnya kepada mas'ul, termasuk rakan-rakan seusrahnya, lalu dia bertindak sendirian bagaikan Sivaji.

Tawakalnya bulat betul kepada Allah. Ini kerana, dia dah tak percaya manusia sekeliling. Pernah dia ke rumah Sayyid Munawar di Damansara. Saat itu, anak-anaknya Syed Azam, dan Syarifah Izzati ada di rumah. Sayyid Munawwar sebagai kepala parti sibuk melayan tetamu. Jadualnya padat, hampir tiada langsung untuk mahasiswa sepertinya.

Dia tanya Izzati, "Boleh tak tuan Sayyid hantar surat bantahan ke atas HEP ke atas siswa-siswa yang terkena Auku seperti saya ini?"

"Oh, nanti lagi bahaya. Nanti terus dikatakan anda ada kaitan dengan parti pembangkang, haa.. macam mana nanti?" kata Izzati.

Hai..Entahlah.. Keluh Najib di dalam hati. Kita dah nak 'all-out' lawan HEP, Umno dalam universiti ni, mereka pula yang bagi lampu merah. Apa pun kredit harus diberikan kepada Rafzan Ramli, salah seorang mangsa ISA7. Bagi Najib.. He is the real fighter!

Tak apa, nanti selepas solat Zohor nanti, tiba giliran Najib nak sampaikan pengisian pula. Dia akan tasykil dan bayankan habis-habisan soal kedudukan tawakal kepada Allah. Apa yang penting bagi Najib, ialah pentingnya pelajar semua berusaha dan bertawakal kepada Allah dan jangan tunggu PR bentuk kerajaan atau bertawakal sangat kepada politikus-politikus berhaluan kiri itu.

Najib harap, setiap masa mereka akan bekerja dan berdoa supaya diberikan kemenangan. Kalau tunggu Obama, politikus berhaluan kiri dan Imam Mahdi, sampai bila mahu menang? Mereka pun perlukan bantuan kita juga.

4:52 a.m, 17 November
Sekolah Pemikiran Kg Baru
_

-HarakahDaily

No comments: