"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 18, 2008

Tulisan jawi di semua papan tanda di Kelantan

Kerajaan negeri akan menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi mengikut saiz yang ditetapkan dengan ejaan yang betul di semua papan tanda mulai tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia merupakan salah satu langkah memperkasakan tulisan itu melalui peranan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Buat permulaan, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) diminta berbincang dengan syarikat-syarikat pengiklanan untuk menetapkan saiz yang sesuai dan setiap yang dihasilkan, mesti dirujuk kepada MPKB-BRI sebelum mengesahkan ia dibenarkan atau sebaliknya.

"Tulisan di papan tanda baru tidak harus dibuat dengan saiz yang begitu kecil, ejaan yang salah, malah terlindung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Tulisan Jawi yang diadakan di sini hari ini.

3 comments:

Kamal Sanusi said...

Jom kita tunggu bila peraturan ini dilaksanakan nanti siapa yg nak protes kononnya tak menggunakan bahasa malaysia.

Kita tengok samada bangsa lain pun akan protes jugak mungkin beralasan iaitu bahasa malaysia hanya menggunakan tulisan rumi, bukan jawi.

Lepaih tu, kita tengok siapa pulak yg nak jadi hero memperjuangkan isu ini.

Macam tu lah depa semua... Half past six

Anonymous said...

Bagi saya, cadangan ini cadangan yang bagus kerana ingin memperkasakan tulisan Jawi. Walau bagaimanapun tak sabar nak tengok reaksi Teresa Kok sama ada beliau bantah atau tak. Kalau di KL, papan tanda tulisan Jawi dah takde dah...kerja si Teresa Kok. Nak tengok macam mana pulak lepas ni. Anwar Ibrahim kata PAS, PKR dan DAP boleh bekerjasama...

Anonymous said...

Lihat Kelantan berpencak politik dalam tulisan Jawi. Hebat. Negeri lain bila pula nak serlahkan tulisan Jawi. Ini negara Melayu, yang tentunya akan lebih dihormati oleh orang luar dan komuniti imigran kalau tulisan Jawi dibudayakan di rantau ini. Takkan nak biarkan tulisan asing kaum imigran diserlahkan baru kita nak gelabah mencari di mana tulisan kita.