"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, November 29, 2008

Sindiket tipu guna nama Kastam menerusi Internet

Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan antarabangsa yang menggunakan nama agensi itu di Internet sehingga menyebabkan mangsa kerugian beribu-ribu ringgit.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Jaapar memberitahu, modus operandi anggota sindiket ini yang aktif sejak sebulan lalu ialah mencari mangsa melalui laman-laman sembang di Internet.

Menurutnya, setelah saling mempercayai, rakan sembang atau bakal mangsa akan diberitahu kononnya hadiah yang dikirimnya dari luar negara melalui pos, ditahan pihak KDRM kerana belum menjelaskan cukai.

Tambahnya, mangsa akan dipujuk supaya memasukkan wang secara online ke dalam akaun bank tertentu, kononnya sebagai bayaran cukai kastam dan hadiah itu menjadi milik mangsa selepas dituntut di gudang kastam.

"Selepas transaksi pemindahan wang dilakukan, sindiket itu menyepi dan gagal dihubungi sama ada melalui telefon atau laman sembang Internet sedangkan hadiah masih belum diperoleh.

"Apabila mangsa menghubungi KDRM untuk menuntut hadiah itu atau meminta penjelasan, mereka mendapati kiriman hadiah yang dimaksudkan tidak pernah wujud," katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam, Pelabuhan Barat di sini hari ini.

5 comments:

Anonymous said...

kalau mangsa memasukkan duit ke dalam akaun number pastinya boleh trace siapa owner account tu. dan sekiranya ada nombor hp pihak berkuasa boleh mengesan lokasi dan identiti pemilik nombor tersebut. pihak mcmc / skmm hendaklah berkerjasama.

Anonymous said...

Sekiranya perkara di atas bakal kita lalui, bagaimana cara untuk mengatasinya selain dari mengabaikannya. Kepada siapa harus kia mengadu supaya sindiket-sindiket ini boleh di berkas.

Anonymous said...

Kalau mengadu di balai polis,aduan tetap aduan, no action taken...buat frame di rumah...ingatkan kawan2...jgn tertipu...siapa yang ingin ditipu????? As a result, sindiket2 ini tumbuh bak cendawan n memperdayakan orang2 Malaysia..1 MALAYSIA..mudah di tipu cos its not seriuos case to handle by Pihak Berkuasa..so sindiket2 ni enjoyle....

Anonymous said...

memANg dorg ni terrer sgt barlakon...i pun kna jg..rugi da rm6500...untung i sedar cpt n wat research dgn kastam,bank negara,kargo mas n imigresen..klu tak dorg nak lg 10000....yg menyakitkan hati..org tgh nya dorg guna org malaysia...pompuan cina...semoga dorg berbahagia dgn duit tak halal tu..

Anonymous said...

Dalam berjaga-jaga aku terkena juga. Diorang memang pandai berlakon. Seorang jadi anak dan seorang lagi jadi bapak. Bila ditanya siap bg no. tel bapa kerja pegawai kastam kat johor bahru (Namanye Abd Kadir o173169390 ) . Siap cakap barang rampasan kastam itu hanya dijual dikalangan ahli keluarga sahaja. Aku pun bank in di CIMB 06200016059528 atas nama puan aisnaina sulong. Barang aku order hp samsung note 3 dan grand dengan harga 1400 saja. Lepas bank in , dah seminggu tak dapat ape... call no itu dah tak berjawab... sah aku dah kena...