Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi panas seketika apabila seorang penyokong kerajaan bertikam lidah dengan wakil pembangkang berhubung dakwaan rasuah.
Ia berlaku berikutan kenyataan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) bahawa tidak ada seorangpun termasuk pembangkang yang tidak terlibat dengan gejala rasuah.
Dakwaan Ismail ketika sedang membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 itu menimbulkan kemarahan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) yang bangun dan meminta Ismail memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu.
"Cuba jelaskan...ini bukan masa untuk menuduh," kata Chong Eng. Ismail mempertahankan dakwaannya serta meminta anggota pembangkang itu supaya duduk.
"Ini masa saya berbahas...duduk, duduk," katanya Ismail sehingga memaksa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan kedua-duanya menamatkan perang mulut dan meneruskan sesi perbahasan.
Pertikaman lidah hampir lima minit itu turut disertai beberapa anggota parlimen pembangkang yang lain tetapi suasana panas itu dapat dihentikan oleh Wan Junaidi.
"Cukuplah Yang Berhormat. Tadi waktu (Anggota Parlimen) Batu (Tian Chua) bahas, sebelah sini (Barisan Nasional) tidak mengganggu pun...Biar Maran (Ismail) buat penjelasan," kata Wan Junaidi yang meminta Ismail menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kenyataannya tadi.
Ismail berkata beliau tidak bermaksud menuduh mana-mana pihak.
"Saya tidak menuduh mana-mana parti. Masalah rasuah ini bukan masalah Barisan Nasional sahaja malah dunia. Rasuah ini melibat semua pihak tak kira ahli politik, swasta atau orang kampung," katanya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, December 16, 2008
Dewan Rakyat Panas Pembangkang Cuba Tepis Dakwaan Rasuah - malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Topeng perak,
Mengujudkan sistem membenteras rasuah memang bagus dan dialu-alukan tapi peraturan dan pelaksanaannya bagaimana...?
Kalau diteliti diatas apa yang dibahaskan oleh ahli parlimen, nampaknya sistem yang dicadangkan itu lebih memihak dan melindungi kepada orang yang lebih berkuasa. Itu menunjukkan masih banyak kepincangan yang perlu diperbaiki.
Rausah boleh berlaku dimana saja dan boleh terjadi pada sesiapa saja. Kalau topeng perak jadi pegawai BPR pasti ramai orang bodek dan hulur duit pampasan pada topeng perak supaya tutup mulut. Boleh kah topeng perak tahan nafsu melihat ringgit berkilo-kilo didepan mata...? Jangan cakap tak serupa bikin, tuhan tahu...!
Sebab tu la perlunya memilih pemimpin yang pegangan agamanya kukuh.
bukan pegangan nafsu...!!!
hahaha,.
Sapa dlm PKR pegangan agama kukuh??
DSAI???,..poorraaaahhhh
hahahaha...
Sapa dlm UMNO/BN pegangan agama kukuh??
Pak Lah???,..poorraaaahhhh
Najib???,..poorraaaahhhh
JJ???,..poorraaaahhhh
Shahidan??,..poorraaaahhhh
KJ???,..poorraaaahhhh
Mat Taib???,..poorraaaahhhh
Adnan Yaakob???,..poorraaaahhhh
Khir Toyo??,..poorraaaahhhh
Ali Rustam???,..poorraaaahhhh
Syed Hamid???,..poorraaaahhhh
Hishamudin???,..poorraaaahhhh
Samy Vellu??,..poorraaaahhhh
Tengku Adnan???,..poorraaaahhhh
Rahman Palil???,..poorraaaahhhh
Sapeee???
hahahahahahahahahahahahaa....!!!!
Kalau pemimpin dalam BN/UMNO dan PKR pegangan agama tak kukuh, siapa lagi yang hang rasa layak? Kadang-kadang kita tak boleh nilai seseorang melalui luarannya. Macam DSAI, memang luarannya nampak alim dan warak orangnya, tapi dalamannya, Wallahua'lam...
Betul juga kata YB dalam Parlimen tu, rasuah berlaku di mana-mana saja oelh pelbagai golongan tak kira apa parti politik sekalipun. Tau pulak pembangkang marah bila dikatakan mereka pun terlibat dengan rasuah.
sepot,
abih hang rasa sapa yg layak?
bg cadangan skit buleh ka? dan bagi bukti skali pasai pa hang pilih calon tu?
thatguy886 - aku rasa sepot nak cadangkan Ezam Mat Nor kot... mamat tu ada "karisma"...
wakhakhakhakha
TP,..
Sekurang-kurangnya nama pemimpin UMNO yg hg sebut kat ataih TAK MAIN JUBOQ,..
KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KA!
Post a Comment