"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 16, 2008

Syabas diarah kemuka laporan

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) diarah mengemukakan segera laporan mengenai dakwaannya bahawa tiga empangan utama di Selangor mungkin pecah jika kerja-kerja pembangunan di sekelilingnya tidak dihentikan.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, laporan tersebut perlu dikemukakan kepada kementeriannya selain Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Beliau menegaskan, adalah lebih baik jika masalah yang dihadapi Syabas ditangani secara berkesan dengan pihak berkuasa dan bukan mendedahkan masalah tersebut kepada akhbar.

???

Kenyataannya dekat Malaysia ni, kalau setakat buat laporan, bentang laporan, buat aduan atau apa-apa aduan yang bersangkutan dengan tanggungjawab KERAjaan, tak pernah berkesan...

Hari ni lapor... belakaang rumah ada geleseran tanah... gomen jawab - kita akan pantau dan keputusannya akan diberitahu kelak...

"beritahu kelak" bermaksud - kita tunggu dia runtuh.

Jalan terbaik, pergi pada akhbar, bagi kecoh satu dunia, baru la KERAjaan nak buat kerja.

Bukak balik peti-peti aduan tengok berapa banyak aduan yang KERAjaan dok peram.

Rakyat & agensi-agensi dah muak dah dengan KERAjaan.

5 comments:

Unknown said...

itulah hasil penswastaan...yang depa tau korek keuntungan ...awai2 system tu dah tak kena...sampai bila pun akan tak sempurna punya...

Anonymous said...

Bukan semua aduan yang dibiarkan 'terbengkalai' dalam kotak aduan jabatan kerajaan. Ada yang telah diambil tindakan dan ada yang sedang dalam perbincangan. Semuanya memerlukan masa, bukan hari ni buat aduan, esok boleh selesai... Kira dahsyat juga lah penulis ni. Sejak bila beliau ni menjadi wakil kepada rakyat dan agensi-agensi yang selalu berurusan dengan jabatan kerajaan?

Anonymous said...

ni lagi satu baghal..
kalau dah ade aduan.. pegi laa hantar org tengok.. check ape yg patut.. pegi laa hantar org untuk siasatan.. bukan ramai pun.. sorang pun dah cukup.. lepas tu baru laa ambil tindakan..atas laporan org yg menyiasat.. ape pulak nak hantar org pegi check pun nak kena bincang2.. nak kena ambil masa.. bukan hari2 laa ada kes, ada aduan..

Mr Joker said...

Anon 1:21pm - kau kene tunggu sat... sepot tengah panggil meeting nak bincang macam mana nak jawab komen hang tu.

ko kene paham... semua tu amik masa.

wakhakhakhakhakha...

SYARIENARIFEN said...

MINTAK D JAUHKAN DR SEGALA BENCANA..
ME DOK KAT TJU, BSBLH DGN EMPANGAN BATU, SG TUA, BT CAVES, AMAT KHUATIR DGN PEMBANGUNAN YG BTERUSAN D SEKITAR ITU..

DULU PROJEK ITU TLH D BERHENTIKAN, BUT NOW, CONT..

SUNGGUH PELIK..

SBB APE? DR PENTADBIRAN MOHD TAIB LG PROJEK TU TLH BJLN..CONT PLAK DGN KHIR TOYO..

ALAHAI..KAMI PENDUDUK TJU AMAT KHUATIR JIKA BLAKU SBRG BENCANA YG TAK DIINGINI...