Setelah setengah dozen pegawainya meletak jawatan baru-baru ini, kini dua pegawai sukarelanya pula ikut serta, salah seorang ialah penasihat undang-undang peribadinya.
Rosni Abdul Rashid dan seorang peguam yang enggan dikenali memberikan alasan yang sama - masalah sikap Fairus, membuatkan mereka menarik diri dari membantu Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu.
Difahamkan kedua-dua mereka membantu Fairus secara sukarela sejak beberapa bulan lalu.
Dengan perkembangan ini, sehingga kini telah lapan pegawai Fairus sama ada meletak jawatan atau menarik diri daripada bertugas dengan ‘pemimpin’ muda itu.
Fairus, menurut sumber cuba memujuk kedua-duanya tetapi mereka menolak dengan baik.
Bahkan jelas sumber itu lagi, Rosni telah dipujuk dengan janji untuk diberikan gaji bulanan.
Sementara itu, pegawai khasnya Rezal Huzairi dan setiausaha akhbar Farid Wajdi telahpun memulakan cuti mereka bermula semalam-15 Disember.
Kedua-dua mereka antara enam pegawai Fairus, membabitkan setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas telah meletakkan jawatan dalam tempoh sembilan bulan Pakatan Rakyat menerajui Pulau Pinang.
Mereka memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.
Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.
Malah seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.
Dalam kenyataan balasnya kepada Malaysiakini, Fairus menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.
-Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang !
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, December 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kesian betul dengan TKM PP ni..sudah pasti lepas ni beliau akan meninggalkan kerusi empuk tersebut.belum pernah berlaku dalam sejarah seorang TKM ditolak oleh 'orang-orang' beliau sendiri..kesian betul.
salam..
ke ini satu kaedah untuk mengosongkan jawatan TKM 1 untuk digantikan dengan ehem ehem ?sekadar pertanyaan...
wasalam
pemerhati
Anon 1:02pm - bukan kaedah untuk mengosongkan, tapi keperluan menukar seorang wakil rakyat yang tak mampu bekerja dan menunaikan tanggungjawab kepada pemilih.
KM Penang takan tak nampak apa yang berlaku, kalau dah terbukti benar, pecat jelah dari jawatan tu, gantikan dengan yang lebih bertanggung-jawab pada tugas.
Nak simpan buat apa lagi daging busuk kalau dah menyesakan hidung sampai nak termuntah dah....
Sapa-sapa tak percaya, turun sendiri ke Penanti, pegi tanya dgn JDM di sana....Memang akan ada orang berkepentingan yang akan mempertahankan TKM ni...Cuma siasat dan buat penilaian sendiri. Aku dah banyak kali terkena dan komplen pun dah tak larat nak dengar, bukan dari pejabat dia tapi dari DUN Penanti tu sendiri. Memanjang salahkan orang kononnya cemburu, sakit hati nak kan jawatan tu. Datang laa tepat pada waktu, bagi kominment pada keja boleh laa bagi alasan orang sakit hati dengan dia.
CM mungkin tunggu kepimpinan keadilan suarakan calon yang layak...kita tunggu laaaa
Begitulah sikap kepimpinan pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Bekerja tak ikhlas. Pengalaman tak seberapa ada hati nak jadi wakil rakyat. Sudahnya, ramai orang bawahannya yang berhenti kerana kelemahan wakil rakyat...
Post a Comment