"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 26, 2008

Gobalakrishnan: Saya tahu mengapa saya dilarang...

Terdapat dua sebab mengapa ahli Parlimen dari Semenanjung, N Gobalakrishnan dilarang masuk ke Sarawak Rabu lalu.

Menurut ahli Parlimen Padang Serai, Kedah itu, beliau dilarang masuk ke negeri itu kerana pembangkang semakin menjadi ancaman kepada kerajaan Sarawak dan juga ucapannya di Dewan Rakyat yang menghentam Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

ijok pkr gobalakrishnan 260407 indian crowdGobalakrishnan berkata, beliau sudah banyak kali ke Sarawak sebelum ini dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah dengan pihak imigresen negeri tersebut sehinggalah dua hari lalu. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak memberi sebab berhubung larangan tersebut.

Gobalakrishnan berkata, kunjungan terbarunya ke Sarawak ialah minggu lalu di mana beliau pergi ke Lubok Antu, yang terletak di selatan bandar Kuching, untuk membantu penduduk di situ membuat persediaan untuk menyambut Krismas.

"Mengapa larangan dikena ke atas saya sekarang? Ini sudah pastinya (bermotif) politik," katanya.

"Sejak beberapa bulan lalu, saya sudah beberapa kali mengunjungi rumah-rumah panjang dan saya mengumpul sokongan dari kalangan penduduknya, terutama dari kaum Dayak," tambah Gobalakrishnan.

Tambahan lagi, katanya, kerajaan negeri tersebut turut menjemputnya untuk menghadiri perayaan Hari Gawai pada bulan Jun.

"Mengapa tiba-tiba saja ini berlaku?" soalnya.

'Cabar di mahkamah'


Gobalakrishnan berkata beliau tidak akan membiarkan perkara itu begitu sahaja.

Beliau mahu mencabar larangan ke atasnya itu di Mahkamah Tinggi Kuching. Menurutnya, pihak berkuasa negeri tersebut telah melanggar Akta Imigresen.

"Mereka telah menggunakan Artikel 66 (1) di mana ketua menteri mempunyai hak untuk melarang sesiapa sahaja masuk (ke Sarawak). Tetapi di bawah artikel 66 (1)(c), sebarang individu dari sebuah badan yang ditubuhkan di bawah perlembagaan persekutuan tidak boleh dilarang masuk. Dewan Rakyat adalah di bawah perlembagaan persekutuan," hujahnya.

Rabu lalu, Gobalakrishnan dilarang masuk ke Sarawak oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Beliau ke sana untuk menghantar satu seminar anjuran PKR di luar bandar Kuching dan untuk menziarahi keluarga angkatnya (Iban) di Kapit, sebuah pekan yang terletak di tengah-tengah Sarawak, sempena perayaan Krismas.

PKR telah meningkatkan kempennya di menjelang pilihanraya negeri - diura-urakan akan diadakan pada 2010.

Pemimpin utamanya Datuk seri Anwar Ibrahim mendakwa pembangkang semakin kuat untuk menumbangkan kerajaan BN pimpinan Abdul Taib.

Anwar juga telah meminta barisan pemimpin kanan parti itu termasyk ahli-ahli parlimennya setiap minggu melawat Sarawak untuk menemui rakyat negeri tersebut.

Beliau percaya tindakan itu ada kaitan dengan tindakannya mempertahankan seorang ahli parlimen DAP bagi Kuching, Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat, yang mempersoalkan peranan sebuah syarikat milik kerajaan Sarawak, sewaktu perbahasan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, minggu lalu.

Ketika membahaskan, Chong mendakwa Taib telah memberi projek pembinaan jalan bernilai jutaan ringgit kepada syarikat milik keluarganya CMS Group - yang pengerusinya terdiri daripada anak Taib - Datuk Sulaiman Abdul Rahman Taib, yang kini menjadi menteri pelancongan.

taib mahmud�s family in cahya mata sarawak shares 100907Pemegang saham utama syarikat tersebut, termasuklah seorang lagi anak Taib - Abu Bakar Taib - selaku timbalan pengerusi - serta isteri Taib, yang menguasai syarikat tersebut.

Chong turut mengecam Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang didakwanya gagal menyiasat perkara itu ekoran banyak projek-projek pembinaan telah diberikan kepada syarikat berkenaan oleh kerajaan negeri tanpa melalui tender terbuka.

Gobalakrishnan kemudiannya bangun menyokong Chong. Katanya, beliau akan membangkitkan insiden larangan terhadapnya untuk memasuki Sarawak apabila Dewan Rakyat bersidang lagi pada Februari depan.

-malaysiakini

1 comment:

tok iskandar said...

Setahu tok calon BN sekarang,wan farid ialah orang kuat Khairi.Sudah tentu orang Najib tidak mahu dia jadi menteri kerana jika menang beliau dijangkakan akan menjadi menteri kabinet dengan alasan berjaya pulihkan imej BN.

Soalan yang menarik siapa yang akan digugurkan daripada menjadi menteri kabinet.

Apakah khairi akan menjadi menteri kewangan atau menteri belia dan sukan.wan farid dijangka akan menjadi menteri di KDN jika menang PRK Kuala Terengganu dan hamid albar akan kembali menjadi menteri luar.sementara rais yatim atau muhyiddin akan digugurkan.

rombakan kabinet akan berlaku selepas PRK Kuala Terengganu dan Pak Lah dijangka akan menguatkan lagi kedudukannya dengan membawa masuk orang kuatnya ke dalam kabinet.

Orang najib tentu berdebar-debar kerana takut dicantas.

Ismail sabri telah dinasihatkan berehat selepas beberapa hari berada di IJN.Mujur tidak menjalani operation.

spekulasi bertiup kencang khairi akan menjadi menteri kewangan termuda menggantikan najib atau menteri belia dan sukan.

peperangan geng najib dengan pak lah tak dapat dielakkan lagi kerana pak lah dilihat ingin mengukuhkan kedudukannya sebagai PM

Husam pemenang dalam isu hudud berikutan penjelasan dalam harakahdaily.net hari ini.sedikit petikannya di bawah

Kerajaan PAS Terengganu telah membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 kedalam Dewan Undangan Negeri dan diluluskan sebulat suara. Enakmen tersebut juga telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 dan kemudiannya diwartakan pada 25 September 2002.

“Walaupun masih belum berkuatkuasa namun kerajaan Umno-BN yang merampas kembali pemerintahan dari PAS pada tahun 2004 tidak menolak dan meminda Enakmen tersebut, di mana dalam kerajaan Umno-Barisan Nasional itu termasuk seorang wakil bukan Islam iaitu dari MCA

khairi semakin terdesak untuk pulihkan imejnya untuk memenangi jawatan ketua pemuda UMNO dan menteri kewangan termuda di malaysia dijangka dapat membantunya memulakan langkah kanan