"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 26, 2008

Mahkamah tolak saman, isteri Pandithan ketuai IPF - malaysiakini

Bekas Naib Presiden Parti Barisan Progresif India (IPF), V. Mathiyalagan gagal dalam cubaannya untuk menghalang Puan Sri Jayashree Gnanapandithan daripada menjadi presiden parti itu selepas Mahkamah Tinggi berkata ia tidak ada kuasa melayan permohonan perintah sementara yang dikemukakan oleh Mathiyalagan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md Yusof berkata Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 menyebut dengan jelas bahawa mahkamah tidak ada kuasa melayan atau menentukan apa saja saman, permohonan atau prosiding atas apa juga alasan berhubung keputusan parti.

Dalam menolak permohonan Mathiyalagan itu, beliau berkata bahawa untuk saman utama, mahkamah menyerahkan kepada defendan, yang telah menyatakan hasrat untuk mengetepikannya, untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi tujuan itu.

Peguam K. Saraswathy yang mewakili Mathiyalagan berkata, beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan hari ini.

Dalam samannya, Mathiyalagan menamakan Jayashree serta setiausaha agung, K. Velayutham dan penolong setiausaha agung parti, K. Neducheralanathan sebagai defendan, dengan memohon deklarasi bahawa Jayashree bukan presiden IPF yang sah dan supaya surat pelantikan presiden itu bertarikh 20 April 2008 dianggap tidak sah dan terbatal.

Beliau mendakwa kenyataan majlis tertinggi IPF mengenai pelantikan Jayashree sebagai pemangku presiden dan kemudiannya presiden bagi menggantikan suaminya, mendiang Tan Sri M.G. Pandithan, adalah palsu.

Dalam afidavitnya pada 11 Disember, Jayashree berkata tidak ada unsur penipuan atau pemalsuan dalam pelantikannya sebagai presiden parti itu.

3 comments:

tok iskandar said...

Setahu tok calon BN sekarang,wan farid ialah orang kuat Khairi.Sudah tentu orang Najib tidak mahu dia jadi menteri kerana jika menang beliau dijangkakan akan menjadi menteri kabinet dengan alasan berjaya pulihkan imej BN.

Soalan yang menarik siapa yang akan digugurkan daripada menjadi menteri kabinet.

Apakah khairi akan menjadi menteri kewangan atau menteri belia dan sukan.wan farid dijangka akan menjadi menteri di KDN jika menang PRK Kuala Terengganu dan hamid albar akan kembali menjadi menteri luar.sementara rais yatim atau muhyiddin akan digugurkan.

rombakan kabinet akan berlaku selepas PRK Kuala Terengganu dan Pak Lah dijangka akan menguatkan lagi kedudukannya dengan membawa masuk orang kuatnya ke dalam kabinet.

Orang najib tentu berdebar-debar kerana takut dicantas.

Ismail sabri telah dinasihatkan berehat selepas beberapa hari berada di IJN.Mujur tidak menjalani operation.

spekulasi bertiup kencang khairi akan menjadi menteri kewangan termuda menggantikan najib atau menteri belia dan sukan.

peperangan geng najib dengan pak lah tak dapat dielakkan lagi kerana pak lah dilihat ingin mengukuhkan kedudukannya sebagai PM

Husam pemenang dalam isu hudud berikutan penjelasan dalam harakahdaily.net hari ini.sedikit petikannya di bawah

Kerajaan PAS Terengganu telah membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 kedalam Dewan Undangan Negeri dan diluluskan sebulat suara. Enakmen tersebut juga telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 dan kemudiannya diwartakan pada 25 September 2002.

“Walaupun masih belum berkuatkuasa namun kerajaan Umno-BN yang merampas kembali pemerintahan dari PAS pada tahun 2004 tidak menolak dan meminda Enakmen tersebut, di mana dalam kerajaan Umno-Barisan Nasional itu termasuk seorang wakil bukan Islam iaitu dari MCA

khairi semakin terdesak untuk pulihkan imejnya untuk memenangi jawatan ketua pemuda UMNO dan menteri kewangan termuda di malaysia dijangka dapat membantunya memulakan langkah kanan

tok iskandar said...

Sekarang BN cuba dapatkan sokongan kaum India.Usaha membawa masuk IPF ke dalam BN adalah langkah permulaan tetapi mencuri MP PKR atau DAP berbangsa India adalah mengejutkan.
Pakatan Rakyat perlu berjaga-jaga

tok iskandar said...

Najib tak tercabar ke khairi jadi menteri kewangan termuda.isu eurocopter,IJN dan macam-macam lagi sengaja ditimbulkan media untuk jejaskan kredibiliti najib.