"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 26, 2008

Beri insentif ringankan beban

Kerajaan disaran memberikan insentif 30 sen bagi setiap satu kilogram getah sekerap kepada pekebun getah di seluruh negara bagi membantu meringankan beban mereka berikutan kejatuhan harga komoditi itu sekarang.

Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Mohd. Firdaus Abdullah berkata, langkah itu bagi menstabilkan semula harga getah seperti yang pernah dilaksanakan beberapa tahun lalu ketika situasi sama melanda negara.

Beliau berkata, pemberian insentif oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) ketika harga getah sekerap jatuh di bawah paras RM1 kira-kira lima tahun lalu berjaya menstabilkan semula harganya.

‘‘Jadi saya kira kerajaan mungkin boleh lakukan langkah yang sama sekali lagi,” katanya kepada wartawan di sini hari ini.

2 comments:

Anonymous said...

Elok sangatlah jika diberi insentif ni. Sekurang-kurangnya pekebun kecil getah tak rasa sangat kesan kejatuhan harga getah. Begitu juga dengan pekebun kecil kelapa sawit juga harus diberi perhatian berikutan harga sawit juga merudum...

Anonymous said...

Jika betul langkah ini dapat membantu dalam menstabilkan semula harga getah, eloklah diteruskan.