Kerajaan hari ini memberi jaminan tidak akan menjual atau menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) selagi tidak ada alternatif pusat rawatan jantung yang boleh memberi khidmat serupa kepada rakyat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Sambil menyifatkan idea menswastakan atau menjual pusat itu adalah sesuatu yang baik memandangkan kerajaan tidak perlu lagi menanggung bebanan kos yang tinggi setiap tahun, beliau berkata bagaimanapun masa untuk itu masih belum sesuai.
"Ideanya bagus kerana kerajaan tidak lagi terbeban dengan beban kewangan tahunan yang tinggi. Tapi nasib kakitangan awam dan golongan terpinggir macamana, terjamin ke tak kalau dah diswastakan atau dijual nanti, ini kerajaan nak kena pastikan dulu," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas berdialog dengan kakitangan Jabatan Kesihatan Terengganu di sini, Sabtu, Dr Abdul Latiff berkata rakyat tidak perlu risau kerana cadangan itu tidak akan dipertimbangkan sehingga kerajaan mempunyai alternatif lain iaitu mempunyai pusat yang memberi khidmat sama seperti IJN.
Katanya, dalam usaha meningkatkan bilangan pusat rawatan jantung dalam negara, kerajaan bercadang membina pusat rawatan jantung di setiap negeri dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
"Buat masa ini, empat pusat rawatan jantung iaitu di Serdang, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kuching, Sarawak sudahpun beroperasi dan menempatkan pakar jantung dan pakar bedah jantung," katanya.
Konglomerat Sime Darby Berhad sebelum ini mengumumkan akan mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN namun hasrat itu terpaksa ditangguhkan kerajaan setelah mendapat tentangan banyak pihak.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Run Razak ketika mengumumkan penangguhan itu berkata rancangan pengambilalihan itu akan dikaji semula dengan mendalam oleh kementerian-kementerian yang berkaitan.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pihak yang terlibat dalam kajian itu termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan serta Unit Perancang Ekonomi.
IJN diurus oleh IJN Holdings Sdn. Bhd, milik penuh Kementerian Kewangan.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Topeng perak,
Mereka berkata....
Idea menswastakan atau menjual Institut Jantung Negara (IJN) adalah sesuatu yang baik memandangkan kerajaan tidak perlu lagi menanggung bebanan kos yang tinggi setiap tahun.
Mengapa mereka yang diamanahkan untuk memerintah berfikiran begitu...?
Sebelum dapat kuasa mereka kata akan memberi keselesaan pada rakyat, tapi setelah berkuasa mereka kata kerajaan tak perlu menganggung beban kos yang tinggi kerana memberi keselesaan pada rakyat. Apakah kita tersalah dengar atau tersalah baca...?
Memang celaka pemimpin kerajaan yang memerintah khusus untuk Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan khasnya untuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Untuk pengetahuan orang Terengganu, jika anda memilih UMNO sebagai pelindung warisan dalam pilihanraya kecil diKuala Terengganu, maka sebenarnya anda membenarkan diri anda, keturunan anda diperbodohkan dan dizalami oleh puak yang hanya mementingkan kumpulan dan barisan pemimpin mereka saja.
Tukarlah pendirian anda demi masa depan anak dan cucu anda...
Semuga rakyat Terengganu tidak terlibat dalam rasuah yang dibudayakan oleh UMNO.
Bukan betul2 dah jual pun, tu baru perancangan je. Sekarang rancangan tu pun dah dibatalkan. Kerajaan masih mendengar rintihan rakyat. Jangan over.
Post a Comment