"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, December 20, 2008

Tanah runtuh: MB Selangor tetap umum laporan JKR esok - malaysiakini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tetap akan mengumumkan kandungan laporan geoteknikal berhubung kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa esok meskipun ia telah diumumkan oleh Ketua Polis Selangor pagi ini. Khalid berkata, pihaknya mengambil berat soal moral dan tanggungjawab pentadbiran kerajaan negeri dalam isu tersebut.

"Kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab pentadbiran memandangkan tanah terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

"Apa jua keputusan diambil kerajaan negeri berkaitan dengan pengurusan tanah dan hal-hal lain berkaitan dengan tanah perlu diteliti dengan mendalam kerana, ia bukan sahaja memberi kesan ke atas mereka yang memiliki tanah tetapi juga nilai tanah (kawasan terbabit)," katanya.

Semalam laporan itu diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada polis dan kemudian Pegawai Daerah yang mengemukakan kepada Menteri Besar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar selaku Pengarah Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mengumumkan kandungannya di Subang Jaya pagi tadi.

Kelmarin Kerajaan Selangor melahirkan rasa kesal dengan tindakan JKR yang tidak menyerahkan laporan siasatan berhubung kejadian tanah runtuh itu.

Menurut Pejabat Menteri Besar Selangor kelmarin, tindakan itu amat mengelirukan kerana akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri untuk membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh dengan segera.

Bagaimanapun, jelas kenyataan Pejabat Menteri Besar, beliau tetap akan mengumumkan langkah yang perlu diambil sebaik sahaja menerima laporan berkenaan dan bersedia untuk mengguna pakai setiap kaedah yang dirasakan perlu.

Semalam, Khalid juga ada mengatakan bahawa beliau akan membuat pengumuman mengenai tindakan susulan kerajaan negeri apabila melawat lokasi tragedi esok.

Hari ini, Khalid mengulas lanjut bahawa pegawai-pegawai berkaitan memerlukan masa untuk membuat persediaan diperlukan memandangkan laporan itu hanya diterima semalam.

Jelas Menteri Besar, beliau tiada apa-apa masalah selepas Khalid mendedahkan laporan itu hari ini.

"Kerajaan negeri perlu melihat keseluruhan aspek. Ia bukan setakat menyelesaikan masalah Bukit Antarabangsa, tetapi menyelesaikan masalah mereka yang tinggal di kawasan tanah tinggi.

"Kami memerlukan masa untuk menjelaskan keputusan-keputusan diambil," kata beliau.

Tambah beliau, rakyat negeri Selangor akan mengharapkan kerajaan negeri bertindak secara profesional apabila menyelesaikan masalah mereka.

Terdahulu Khalid menghadiri Hari Keluarga 2008 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini.

1 comment:

Anonymous said...

Saja je nak buat kecoh nak jadi glamor. Benda dah umum tu dah lah, sibuk je. Takut la tu orang nak bogel depan die. Haha..