"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, December 20, 2008

Syor wajibkan bukan Islam jalani ujian HIV dikaji

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengkaji sama ada bakal pengantin bukan Islam turut diwajibkan menjalani ujian saringan HIV bagi mengelak penyakit itu merebak kepada pasangan dan anak-anak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana tiada kursus perkahwinan yang diwajibkan kepada pasangan bukan Islam seperti mana ia diwajibkan ke atas pasangan beragama Islam dengan ujian berkenaan dijadikan sebahagian daripada kursus perkahwinan.

"Kita akan kaji sama ada cadangan ini boleh dilaksanakan ataupun tidak kerana bagi masyarakat bukan Islam, tiada kursus perkahwinan yang diwajibkan seperti mana kepada orang Islam jadi kalau ini (ujian saringan HIV) nak diwajibkan, kita tidak tahu sama ada boleh dikuatkuasakan ataupun tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anakanak Setiausaha Kerja Umno Pahang Datuk Abdullah Rahmat yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 10 Disember lepas di Lebuh Raya Pantai Timur di kediaman allahyarham di sini, hari ini.

Menurut Najib, kajian itu perlu bagi mendapatkan maklum balas masyarakat terutama bakal pengantin pasangan bukan Islam sekiranya ujian saringan HIV turut diwajibkan ke atas mereka.

"Kita tidak tahu reaksi masyarakat terhadap cadangan ini," katanya ketika ditanya sama ada pasangan bukan Islam diwajibkan menjalani ujian saringan HIV sebagaimana pasangan Islam sebagai sebahagian daripada program praperkahwinan, mulai tahun depan.

Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, berkata setakat ini tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pasangan bukan Islam menjalani ujian saringan HIV berkenaan dan selalunya ujian dilakukan secara sukarela oleh mereka.

"Sekarang ini tiada peruntukan undang-undang dan ujian biasanya dilakukan secara sukarela, tetapi jika anda melihatnya daripada segi pandangan masyarakat serta pendapat individu yang berkenaan, terutamanya bakal pasangan, adalah untuk kepentingan mereka juga bagi mengetahui sama ada bakal suami, lazimnya pihak lelaki, sama ada mereka bebas daripada HIV atau tidak.

"Maka, pada masa ini saya fikir bagi orang bukan Islam, asasnya adalah untuk menggalakkan mereka secara sukarela untuk melakukan ujian dan saringan HIV," katanya.

1 comment:

ISA said...

Apa bodoh dan banggang punya bakal PM. Ini bukan soal agama nak wajib ke tak wajib ke.. Bodoh.....

Ini soal Masyarakat, soal penyakit merbahaya... takan itu pun nak kena kaji. Kalau fikirkan soal Rakyat maka kera..jaan kena wajibkan kepada semua Rakyat yang hendak berkahwin/Menikah menjalani ujian HIV. Ini soal pembiakan generasi Malaysia.

Takan nak generasi akan datang dari kalangan bukan Islam pembawa HIV positif. Terdedah pula risiko pada orang Islam.

Adusss.... sedihnya kalau dapat PM yang lebih banggang dari yang ada sekarang ni...