Hari ni calon yang akan mewakili UMNO/BN akan diumumkan bila-bila masa & kalau diikut pada kenyataan dari PAS, PAS akan umumkan calon pilihan PAS esok.
Hasil dari survey yang aku buat di blog ni menunjukkan bahawa majoriti pengundi memilih Mohamad Sabu sebagai calon PAS dalam PRK P-036 nanti. survey dari blog-blog dan web-web lain jugak mendapat keputusan yang sama.
Semuanya berkeputusan bahawa Mohamad Sabu mendahului senarai calon pilihan para pemilih.
Walaubagaimanapun, PAS pusat tidak boleh bergantung 100% kepada hasil undian yang dijalankan diblog-blog dan juga web-web yang berkaitan.
Memang jelas Mohamad Sabu mendahului jauh kedepan berbanding Dr.Syed Azman tetapi itu adalah hasil undian rambang yang tentunya datang dari pera pengundi cyber dari seluruh Malaysia dan mereka ini tidak mewakili para pengundi Kuala Terengganu.
Mungkin bilangan pengundi cyber yang berasal dari Kuala Terengganu hanya sebilangan kecil sahaja jadi PAS perlu meneliti dengan lebih mendalam calon yang sesuai untuk mewakili PAS.
Pada hemat saya dan juga hasil dari pemerhatian, survey dan juga pendapat rakan-rakan yang berada di Parlimen P-036, ke 2-2 calon yang mendahului senarai undi amat sesuai bagi mewakili PAS. Mohamad Sabu ada kelebihannya yang tersendiri dan Dr.Syed Azman juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Mengikut penduduk setempat, Dr Syed Azman merupakan pilihan yang paling cocok bagi PAS tetapi sekiranya PAS meletakkan Mohamad Sabu, ia tak menjadi masalah untuk mereka sebab masing-masing ada kelebihan.
Dari segi pemilih, mereka yang mengundi calon PAS pada PRU-12 tempohari rasanya masih belum berganjak dengan pilihan mereka. itu dah jadi trend orang Terengganu, selagi tak dapat, selagi tu depa terjah... kalau dah dapat tapi tak bagus, senang-senang depa terajang.
Ada 2 pilihan untuk PAS macam yang disebut dekat atas... Mohamad Sabu atau Dr.Syed Azman.
Golongan muda tak ada masalah untuk mengundi mana-mana calon, baik Mohamad Sabu mahupun Dr.Syed Azman, pasti sokongan akan diberi (pengundi muda lebih terbuka), manakala bagi pengundi senior, sokongan akan lebih kepada Dr.Syed Azman (faktor orang tempatan) tapi kalau kene gaya PAS, tak mustahil letak penyu pun boleh menang.
Untuk pengundi-pengundi tempatan yang tinggal diluar Terengganu pula pilihan depa sudah pasti yang utama ialah Mohamad Sabu kerana faktor, mereka lebih mengenali Mohamad Sabu dan kelebihannya memang terserlah tapi masih tidak menjadi masalah sekiranya Dr.Syed Azman menjadi calon.
Macam aku katakan tadi, 2-2 ada kekuatan tersendiri.
2 perkara yang PAS perlu fikirkan disini sekiranya mecalonkan mana-mana 1 antara 2 nama diatas.
Mohamad Sabu - peluang untuk menang adalah 50-50 kerana faktor "bukan orang tempatan" *orang gganu ni sentimen kedaerahan dia lagi kuat dari Kelantan.
100% dijamin kemenangan sekiranya para pengundi tidak keberatan untuk memberi laluan kepada Mohamad Sabu untuk kebaikan negeri Terengganu. PAS kene pandai pujuk anak jati Terengganu. tak rugi serahkan Parlimen P-036 kepada PAS sebab yang pergi kepada PAS cuma 1 kerusi Parlimen dan bukannya "Negeri Terengganu". Terengganu masih dibawah UMNO/BN.
100% kemenangan akan menjadi 50% kemenangan tanpa isu atau kekuatan didalam kempen.
Perlu diberi penjelasan akan betapa pentingnya "check & balance" didalam mana-mana pemerintahan baik negeri mahupun negara untuk kepentingan rakyat. memberi 100% kekuatan kepada sebelah pihak tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak akan membantu apa-apa dalam memajukan atau membela rakyat kerana kelebihan kepada 1 pihak akan membawa kepada sindrom "aku sahaja yang betul".
Dr.Syed Azman - Rasanya calon yang berkedudukan no-2 dalam senarai calon pilihan ini adalah calon yang terbaik untuk memenangi semua pihak baik hardcore PAS atau pengundi atas pagar, totok UMNO/BN tak payah pujuk... jangan buang masa.
Faktor terbaik ialah anak tempatan, calon muda dan memang dikenali di Kuala Terengganu.
Nak cerita panjang pun aku tek reti sangat sebab aku memang tak banyak info pasal Dr.Syed Azman, tapi kalau ikut kawan-kawan dekat Kuala Terengganu, Dr.Syed Azman adalah pilihan terbaik selain Mohamad Sabu.
Kata kawan aku, kalau letak Dr.Syed Azman, PAS cuma perlu berkempen tarik sokongan seramai yang boleh dan tak perlu nak tangkis apa-apa serangan peribadi. senang kerja. sokongan memang ada, tak payah pening kepala (tu kata kawan aku la dan aku kene la setuju pasai dia orang KT)...
Jadi untuk PAS, 2 pilihan... Mohamad Sabu pun boleh (tapi kene kerja kuat sikit la), Dr.Syed Azman pun boleh (kalau tak kerja kuat, letak la sape pun confirm tergolek).
Seterusnya kami serahkan kepada PAS Terengganu untuk membuat pilihan. untuk kami, calon adalah calon, yang penting ialah kemenangan. tapi kalau tak dak calon, macam mana nak menang?
Jangan letak yang bukan-bukan dah la... teruk kami nak menjawab tohmah nanti... bukan ngan puaka UMNO je nak kene jawab, ngan pengundi pun nak kene jawab jugak ni...
Salam Hormat.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Saturday, December 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam..
Ambe setuju dgn pendapat tu...Walaupun kita letak DR.Syed Azman tp tidak bekerja tidak boleh juga..Tapi yang penting Pas Pusat mesti mengambil kira apa saje kemungkinan dalam pilihan meletak calon kali ini..
Kepada Dato' Cikgu Pa,Berilah peluang kepada calon lain utk kali ini..
Wallahualam..
............av.................
aku pelik laa knp masih ramai termasuk bloggers tak abis2 kaitkan cikgu Pa dipilih sebagai calon Pas?...
sedangkan cikgu Pa dah keluarkan kenyataan awal2 lg yg PRU12 adalah pilihanraya terakhir utk beliau bertanding...jadi ape masalahnya?
tolong la hormat cikgu Pa sbg Pesuruhjaya Pas Negeri...selagi anda semua menghina cikgu Pa seumpama anda menghina seluruh ahli2 Pas negeri Terengganu...
Calon yang banyak cakap dan banyak isu dibangkitkan biasanya lebih popular. Tapi kadang2 bila masuk bab bekerja bukan ada apa punn..
Post a Comment