"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 04, 2008

PETISYEN MEMBANTAH PPSMI - malaysiakini

To: Kementerian Pelajaran Malaysia

PETISYEN MEMBANTAH PPSMI


Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

PPSMI : Kembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Kami warga Malaysia, yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, amat bimbang terhadap penghakisan kepada peranan Bahasa Melayu, terutama sebagai bahasa imu dan pendidikan, yang terus berlaku di Malaysia.

Pada tahun 2003 lalu, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk meminda dasar pendidikan negara dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik di seluruh Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Situasi ini sebenarnya menyebabkan kedudukan bahasa melayu semakin tergugat dan meniti saat-saat untuk lenyap dari tanah air kita sendiri.

Menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996, kedaulatan bahasa melayu harus dipertahankan sebagai bahasa teras dalam sistem pendidikan negara. Dasar tersebut dengan jelas menyatakan bahawa �dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama�. Hakikatnya, jika dasar Pendidikan Kebangsaan ini tidak dipelihara, ia akan membebankan guru dan pelajar luar bandar untuk menggunakpakai Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Dalam pada itu, pelaksanaan dasar Pengajaran Sains dan Matemaik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilihat tergesa-gesa ini amat bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam negara. Sementara itu, Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah memberi definisi jelas kepada maksud sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Menurut Seksyen 2, Sekolah Kebangsaan ditafsirkan sebagai sekolah Rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan� (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan pula ditakrifkan sebagai sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan - (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Seksyen 17(1) Akta Pendidikan juga menyatakan �Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini�

Adalah amat mengecewakan apabila pemimpin melayu kini sudah tidak memiliki sensitiviti untuk mempertahankan nasib bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama tidak menghormati peruntukan undang-undang tertinggi negara yang menjamin kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar yang menjamin kedudukan bahasa Melayu yang diwariskan oleh pemimpin terdahulu juga sudah dianggap tidak relevan dan tidak dinali sebaik-baiknya.

Untuk memastikan agar kedudukan bahasa Melayu terjamin dalam negara ini dan tidak terus digugat, malah diangkat dan dimartabatkan, kami menyeru agar Kerajaan Malaysia :

� Mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik di semua sekolah rendah kebangsaan dan menengah.

� Memelihara bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan perpaduan kaum.

� Menghormati dan menguatkuasakan sepenuhnya segala peruntukan undang-undang yang ada yang menjamin kedudukan bahasa kebangsaan.

� Mengekalkan dasar-dasar negara yang menjamin kedaulatan bahasa melayu yang diwarisi oleh generasi pemimpin terdahulu.

Kami, dengan ikhlas dan tegas, dan penuh rasa tanggungjawab percaya bahawa kemajuan negara akan tetap tecapai walaupun kita mengekalkan bahasa, budaya dan jatidiri kita yang tulin. Perlu disedari bahawa bahasa merupakan jiwa dan cerminan kepada bangsa dan jika tidak dipertahankan akan hilanglah jatidiri bangsa kita sebagai Melayu dan Islam.

Muhamad Faisal Abdul Aziz
Pengerusi,
Gerakan Anti PPSMI (GAP)

Alamat Perhubungan :
Sekretariat PKPIM Pusat,
Kompleks Anjung Rahmat,
Batu 6, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-61879520
Faks : 03-61842570
Web : www.pkpim.net
Email : spp@pkpim.net | spp_pkpim@yahoo.com

Sincerely,

The Undersigned. Klik [sini] untuk menandatangani petisyen online.

3 comments:

Anonymous said...

Satu lagi 'Ketuanan Melayu' tidak relevan lagi kini apabila bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik dibiarkan dalam bahasa Inggeris.

Melayu masih percaya kepada kenyataan karut bahawa PPSMI tidak meminggirkan bahasa Melayu. Habis, bahasa apa yang diguna dalam buku-buku Sains dan Matematik, di mana bahasa Melayu.

Buatlah sesuatu untuk selamatkan bahasa Melayu. Kalau perlu semua ibu bapa boikot anak masing-masing daripada pelajari sains matematik dalam bahasa Inggeris.

Anonymous said...

Topeng Perak,
Selalu kita dengar orang menjerit dan mengutuk tentang nama dan bangsa melayu kononnya untuk mengingatkan orang melayu supaya bangkit dan terus maju....? Apakah hasilnya...? Tidak ada !

Mungkin kita terlupa atau kita sememangnya tidak terpikir langsung bahawa kekuatan orang melayu terletak pada pemimpin yang dipilihnya....

Apakah orang melayu dapat mempertahankan dirinya..? Lihat siapa kah pemimpin mereka... Apakah pemimpin yang mereka pilih itu kuat, berani, bijak atau pengecut, bebal dan lembik...?Itulah kekuatan orang melayu keseluruhannya.

Apakah pemimpin orang melayu mampu mempertahankan bahasa melayu dalam malaysia...? Tanya Menteri Pelajaran, apa jawapannya...

Pemimpin melayu yang ada sekarang semuanya lemah, cuma nafsu sex saja yang kuat. Sebegitu ramai ahli UMNO diseluruh negara cuma beberapa kerat saja yang boleh kita lihat. Itu pun tidak mempunyai kewibawaan sebagai pemimpin bangsa melayu.

Sebenarnya untuk melemahkan orang melayu cukup mudah, cuma bagi rasuah pada pemimpin mereka maka dengan itu semua orang melayu akan jadi kambing hitam....boleh disembelih sebagai korban. Ini yang pemimpin UMNO lakukan sekarang.

Kalau kita mahu orang melayu mengubah nasib mereka, maka orang melayu tak perlu ada pemimpin. Biar mereka sendiri yang buat keputusan sendiri kerana pemimpin yang ada semuanya tak berguna, tidak boleh memimpin! Hanya pentingkan nafsu perut dan bawah perutnya saja.

Kalau nak salahkan bangsa melayu maka salahkan pemimpin melayu. Mereka lah sebenarnya dayus, pengecut, bacul, dan,!@#$%!!

Anonymous said...

aku sokong anonymous 12:31,
selalunya sebelum jadi pemimpin dia orang tu cakap macam mukhriz mahathir. berbagai idea. Tapi bila dah jadi pemimpin "cakap tak serupa bikin" Pekara yang baik dan dapat pujian, dia orang yang terhegeh-hegeh mengaku dia yang lakukan. Tapi bila benda buruk dia salah kan pengikutnya.

Aku setuju kalau nak salahkan orang melayu salahkan pemimpinya. Sebab yang menukarkan bahasa inggeris dalam pelajaran sains dan matematik tu pemimpin bukan orang melayu.