"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 04, 2008

95% tadika tiada permit - malaysiakini

Sebanyak 95 peratus daripada lebih 200 taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) di Seberang Perai didapati beroperasi tanpa lesen.

Masalah itu berlaku kerana kegagalan pengusaha taska dan tadika terbabit mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berhubung penukaran status pemilikan tanah di tempat mereka beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas dan Alam Sekitar, Chow Kon Yeow berkata, masalah itu juga berpunca ekoran kegagalan menepati syarat penukaran status kediaman rumah kepada tadika atau taska.

‘‘Rata-rata masalah yang dikemukakan (kepada MPSP) ialah pengusaha tadika dan taska terbabit gagal menukar syarat hak milik tanah atau kediaman kepada perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha taska dan tadika di Ibu Pejabat MPSP di sini hari ini.

1 comment:

Anonymous said...

Macam mana boleh tiada permit. Pengusaha taska dan tadika yang tak memohon atau mereka tidak mendapat kelulusan? Diharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.. Ini kerana taska dan tadika adalah tempat yang membantu ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka...