"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 04, 2008

Kita Siasat Hasil Siasatan Itu..! - malaysiakini

Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis menjalankan siasatan terhadap hasil laporan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video V.K Lingam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri berkata BPR sudah menjalankan siasatan lanjut terhadap beberapa individu seperti disyorkan suruhanjaya itu daripada aspek kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Siasatan BPR tertumpu kepada dua perkara iaitu percutian Tun Eusoff Chin (bekas Ketua Hakim Negara ketika itu) di New Zealand bersama V.K Lingam (peguam)dan perkara berhubung pelantikan hakim.

"Siasatan mengenai percutian itu sudah selesai dan kertas siasatan sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan keputusan," katanya dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (PKRWangsa Maju).

Wee ingin tahu sehingga 17 Ogos lalu, apakah tindakan yang sudah diambil oleh Pejabat Peguam Negara dan BPR terhadap cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video V.K Lingam.

Beliau berkata BPR telah selesai menjalankan siasatan berhubung pelantikan hakim dan kertas siasatan itu sedang diteliti oleh Peguam Kanan Persekutuan BPR.

No comments: